23 December 2008

Suasana kerja di lapangan


Compasman sedang target sasaran hadapan
di samping student yang menjalani pratikal.
Dari kiri Na, Za, Refin dan Nik Jaafar.


Semasa memulakan kerja compasman akan
target kepada sasaran pertama sebagai ikatan
untuk jaringan kerja. Saya jarang membuat
target, takut juling mata he he. Semasa terget
di tidolite menggunakan monokular
sedangkan sistem penlihatan kita menggunakan
binokular. Dari kiri saya, Refin, Za & Nik Jaafar.


Gambar kenangan semasa di lapangan
(Mukim Jeli, (Kg. Gemang)Kelantan, Malaysia)


Gambar kenangan.



Gambar kenangan



Gambar kenangan


Ranjau yang perlu dilalui semasa menjalankan
kerja ukur (Punggut data)


Bersantai sekejap setelah selesai proses penawanan
data di lapangan.


Data yang telah ditawan diproses dan ditukar
dalam bentuk ASCII file sebelun di pos keserver
yang berada di Ibu pejabat JUPEM Kota Bharu


Data yang telah di proses akan di pos ke server
menggunakan internet wireless broadband.
Malang sekalai di lokasi kerja kami (Mukim Jeli)
tiada liputan 3G, kalau hantar pun masa yang
diambil rasanya sama atau lebih panjang
dengan perjalan untuk pulang ke ibu pejabat
di Kota Bharu.


RUMUSAN
Dalam proses penandaan sempadan untuk mengeluarkan hakmilik(gran tanah)
kekal memerlukan perbelanjaan besar oleh itu anda perlu menjaga nya (batu sempadan)
sebaik mungkin. Bagi rakan kita yang suka himpit sempadan, boleh dihentikan
amalan anda kerana kami di JUPEM dan Jurukur Berlesen selagi matahari bergerak pada
orbitnya insyAllah kami boleh meletak semula tanda sempadan tersebut pada tempat asal.
Kecuali anda dapat mengubah pergerakan matahari, maka kerja kami akan hilang kejituan
nya. Maaf kata-kata saya agak lucu tapi ini adalah hakikat sebenar kerana kejituan
kerja kami pada anjakan maksima adalah 50mm.

DEFINISI LOGO


Berasaskan kepada peranan dan misi jabatan untuk mengadakan satu perkhidmatan ukur tanah dan pemetaan serta penyebaran maklumat geografi yang efisien, berkualiti tinggi dan bersesuaian untuk wawasan negara, maka logo JUPEM, akronim bagi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, telah dicipta.

Rekabentuk logo JUPEM terdiri daripada 3 bentuk asas iaitu titik-titik, bulatan gedang dan garisan orbit.

Titik-titik disusun secara simetri dan membentuk segi empat tepat iaitu satu geometri yang kukuh dan stabil yang seringkali digunakan dalam aktiviti-aktiviti ukur dan pemetaan melambangkan bahawa aktivi⁴iaktiviti tersebut dijalankan secara teratur, sistematik, jitu, berkualiti tinggi dan menyatakan JUPEM sebuah organisasi yang stabil dan dinamik.

Titik-titik ini terpisah dua oleh garisan orbit mencerminkan dua aktiviti utama JUPEM iaitu aktiviti pengukuran kadaster dan aktiviti pengukuran pemetaan. Kedua-dua aktiviti ini mempunyai keseimbangan dan kesamaan dari aspek kepentingan untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan negara.

Penampilan titik-titik itu juga memberi petunjuk bahawa JUPEM menggunakan teknologi elektronik dan sistem jaring untuk mendaya dan memperkasakan maklumat ukur dan pemetaan. Penaungannya di dalam bulatan gedang melambangkan kemuafakatan warga jabatan untuk sama-sama bergerak, membangun dan meletakkan JUPEM ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Garisan orbit pula menitikberatkan betapa pentingnya komunikasi, penyebaran maklumat da networking'.

Warna hijau dijadikan warna rasmi jabatan. Hijau dipilih bagi menunjukkan bahawa JUPEM senantiasa prihatin dan memberi perhatian serius kepada aspek alam semula jadi dalam pemeliharaan persekitaran yang sihat, tidak tercemar dan senantiasa menyedari bahawa alam adalah warisan yang diamanahkan oleh Penciptanya kepada manusia.

Sementara warna oren pula melambangkan keceriaan, kegemilangan, kepekaan JUPEM kepada kehendak pelanggan dan menyatakan tentang kewujudan dan kepentingan JUPEM kepada masyarakat dan negara.

Imej baru JUPEM yang ditampilkan pada keseluruhanya adalah lebih energetik, dinamik, progresif serta mampu bersaing dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat sejagat khususnya dalam penyediaan infrastruktur ukur dan pemetaan bagi mendokong Dasar Pembangunan Negara.

No comments: