Kesatuan Telekomunikasi antarabangsa
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
International Telecommunication Union Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa | |
---|---|
Penubuhan | 17 Mei 1865 |
Ibu pejabat | Geneva, Switzerland |
Keahlian | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis, Inggeris, Sepanyol, Rusia, Arab, Cina |
Setiausaha Agung | Hamadoun Touré |
Laman web | http://www.itu.int/ |
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Telecommunication Union, ITU) merupakan badan antarabangsa yang bertugas memiawai dan mengawal atur radio dan telekomunikasi antarabangsa. Ditubuhkan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, peranan utama ITU termasuk pemiawaian, pengagihan spektrum radio serta mewujudkan serta mengawal sambungan penggilan telefon antarabangsa. ITU merupakan agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
[sunting] Bahagian
ITU dibahagikan kepada tiga sektor, iaitu:
- Sektor Pemiawaian Telekomunikasi yang diurus setia oleh Biro Pemiawaian Telekomunikasi
- Sektor Radiokomunikasi yang diurus setia oleh Biro Radiokomunikasi
- Sektor Pembangunan Telekomunikasi yang diurus setia oleh Biro Pembangunan Telekomunikasi
Keseluruhan ITU ditadbir oleh Sekretariat Am, yang diketuai oleh Setiausaha Agung.
[sunting] Keahlian
Ahli-ahli ITU terdiri daripada negara ahli, ahli sektor dan ahli bersekutu. ITU dianggotai oleh 191 negara ahli, serta lebih 700 ahli sekotr dan bersekutu yang terdiri daripada syarikat dan pertubuhan telekomunikasi.
Antara negara ahlinya termasuk Kota Vatican serta semua ahli PBB kecuali Palau dan Timor Leste. Taiwan dan Pihak Berkuasa Palestin juga tidak menganggotai ITU.
No comments:
Post a Comment