Panduan ke tujuh belas (RAE)
Definisi stesyen radio
"stesyen pantai" ertinya suatu stesyen darat dalam
perkhidmatan bergerak maritim;
"stesyen penerimaan berita" ertinya suatu stesyen
yang dimaksudkan bagi penerimaan utusan berita
pelbagai destinasi;
"stesyen penggera wayarles" ertinya suatu stesyen
yang memperuntukkan sistem penggera keselamatan
yang menggunakan radiokomunikasi;
"stesyen penyiaran" ertinya suatu stesyen tetap
yang digunakan bagi memperuntukkan satu perkhidmatan
penyiaran atau lebih;
"stesyen penghantar penyiaran" ertinya suatu stesyen
tetap yang digunakan untuk menyiarkan melalui
penghantaran penyiaran dan perkhidmatan sampingan
dalam saluran spektrum yang ditentukan;
"stesyen pengulang penyiaran" ertinya suatu stesyen
yang digunakan bagi penerimaan radiokomunikasi dari
penghantar dan bagi siaran automatik radiokomunikasi
kepada penerima;
"stesyen pesawat udara" ertinya suatu stesyen yang
ditempatkan dalam apa-apa pesawat udara;
"stesyen radiolokasi" ertinya suatu stesyen radiopenentuan
yang digunakan dalam perkhidmatan radiolokasi bagi
tujuan selain perkhidmatan radionavigasi;
"stesyen radionavigasi" ertinya suatu stesyen
radiopenentuan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan
radionavigasi;
"stesyen radiopenentuan" ertinya suatu stesyen yang
digunakan bagi tujuan radiopenentuan;
"stesyen satelit amatur" ertinya suatu steysen
angkasa lepas dalam perkhidmatan satelit amatur;
"stesen satelit penyiaran" ertinya suatu stesen angkasa
lepas dalam perkhidmatan satelit penyiaran;
"stesyen satelit tetap" ertinya suatu stesyen angkasa
lepas dalam perkhidmatan satelit tetap;
"stesyen tetap" ertinya suatu stesyen yang terletak
dalam suatu lokasi yang dinyatakan dan diniatkan bagi digunakan
dalam lokasi yang dinyatakan itu;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
1. Yang manakah di antara stesyen radio amatur
berikut ditakrifkan . sebagai stesyen yang
bekerja dengan satelit radio amatur?
a) Stesyen satelit radio amatur
b) Stesyen bergerak radio amatur
c) Stesyen mudahalih radio amatur
d) Stesyen bumi radio amatur
No comments:
Post a Comment