24 October 2008

Bahaya Menggunakan PC Umum.

Perhatian:- Bahaya Menggunakan PC Umum.

Sila berhati-hati sekiranya anda terpaksa menggunakan komputer / pc di tempat umum (seperti di internet cafe dan sebagainya..) Sila periksa di belakang PC dan lihat apakah alat seperti ini ada atau tidak. Sekiranya alat seperti ini ada, jangan gunakan pc tersebut. Ini kerana alat tersebut merupakan hardware keylogger yg dapat MEREKODKAN KESEMUA PASSWORD atau MAKLUMAT YANG KITA TAIP.

keylogger device

keylogger

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik/masukkan oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet Cafe, pameran, hotel dan berkemungkinan di pasang di lapangan terbang oleh org org tertentu yg berniat jahat. Maka berhati-hatilah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting.

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

No comments: