Keputusan RAE 2009-2

Tip untuk menghafal kod Morse dengan lebih mudah

E dit

I ditdit

S ditditdit

H ditditditdit

T dah

M dahdah

O dahdahdah

0 dahdahdahdahdah

A didah

W didahdah

J didahdahdah

1 didahdahdahdah

N dahdit

D dahdidit

B dahdiddiddit

6 dahdidididit

C dahdidahit

Y dahdidahdah

K dahdidah

R didahdit

L didahdidit

G dahdahdit

Z dahdahdidit

7 dahdahdididit

U dididah

F dididahdit

2 diddidahdahdah

V didididah

3 didididdahdah

4 diddiddiddidah

5 ditditditditdit

X dahdiddidah

Q dahdahdidah

P didahdahdit

? dididahdahdidit

8 dahdahdahdidit

9 dahdahdahdahdit

, dahdahdididahdah

/ dahdididahdit




Berdasarkan data diatas sila bandingkan dengan carta yang terdapat dibawah. Dalam carta dibawah setiap huruf dan angka aksara kod morse di bawahnya.

Saya telah membahagikan kepada dua bahagian dengan satu garisan biru tebal. Tujuannya untuk membahagikan kepada dua kelompok besar, pada kelompok 'E' aksara kod morsenya adalah dit manakala disebelah kelompok 'T' disebelah kanan pula aksara kod morsenya diawalnya bermula dengan dah.

Susunan mendatar pula mengambarkan bilangan aksara bermula dari atas 'E' dan 'T' bilangan aksaranya satu dan bertambah dengan tambahan satu aksara pada setiap baris mendatar.

Untuk menyenangkan proses hafalan anda, adalah disarankan anda cetak carta disebelah dalam saiz yang sesuai supaya senang dibawa kemana-mana. Dengan ini proses hafalan anda boleh dilakukan bila-bila masa yang sesuai bagi anda.

Kalau anda melihat secara menurun carta diatas adalah sama dengan penerangan awal dalam nota kod morse ini. Sila lihat sebelah kiri susunan aksara dit adalah E, I, S dan H. Sama bukan dengan nota awal saya?

Untuk lebih jelas disediakan ringkasan di bawah.

Tips untuk menghafal kod Morse dengan lebih mudah.

Menghitung jumlah karakter. Mengetahui jumlah karakter dalam setiap huruf boleh membantu anda mempersempit kemungkinan anda bila anda menerima mesej.

T, E = 1 aksara masing-masing

A, I, M, N = 2 aksara

D, G, K, O, R, S, U, W = 3 aksara

B, C, F, H, J, L,P, Q, V, X, Y, Z = 4 aksara masing-masing

Huruf diterbalikkan. Beberapa pasangan huruf dikebalikan diantara satu sama lain dalam kod Morse. Sebagai contoh "a" adalah ". _" Sementara "n" adalah "_."

Berikut adalah sisa huruf yang merupakan kebalikan daripada satu sama lain:

a & n, d & u, g & w ,b & v, f & l, q & y

Kod morse antarabangsa

Kod morse antarabangsa


Perlu diingatkan disini bahawa bunyi sesuatu aksara dan ruang antara aksara mempunyai tempuh masa tertentu, dimana tempo masanya berdasarkan pada bunyi dit.


Tempo masa bagi satu dah adalah bersamaan dengan tiga dit. Untuk membezakan tempo masa bunyi yang mempunyai kelajuan tinggi iaitu kurang dari lima saat memerlukan suatu penumpuan yang khusus bagi menusia biasa kecuali insan istemewa yang mempunyai kepekaan pendengaran yang tinggi.


Walau pun ianya sukar kita boleh menbuat latih tubi yang berterusan, insyaallah akan berjaya. Untuk mengesan tempo suara anda digalakkan supaya download progran kod morse daripada alamat yang saya sertakan. Cuba perlahankan temponya, disini anda dapat membezakan di antara tempo dit dan dah dengan jelas.


http://www.justlearnmorsecode.com/


http://www.g4fon.net/


Skala temponya mudah sahaja, iaitu asasnya berpandukan pada satu dit. Bagi satu dah, tempo masanya adalah bersamaan dengan tiga kali dit.


Ruangan diantara bunyi yang sama aksaranya, contoh dit sama dit atau dah sama dah. Saya buat contoh pada huruf 'I' kod morsenya dit dit ( . . ) . Antara aksara dit dan aksara dit tempo masanya adalah satu dit.


Ruang diantara bunyi yang berlainan aksara, contoh aksara dit dan aksara dah. Ambil contoh huruf 'A' kod morsenya dit dah ( . - ). Jadi tempo masanya diantara aksara dit dan aksara dah adalah tiga dit.


Manakala ruangan diantara satu perkataan dengan perkataan yang lain tempo masanya hendaklan dalam tujuh dit.


Untuk senang difahami saya sediakan rengkasan seperti di bawah:


-1 dah = 3 dit

-Ruang di antara aksara yang sama = 1 dit

-Ruang di antara aksara yang berlainan = 3 dit

-Ruang di antara perkataan = 7 dit


Rasanya boleh difahami, dalam penyedian nota ini saya pun sambil belajar dan seandainya anda ada idea atau pun kaedah yang lain maka sama-samalah kita kongsi ilmu tersebut, sekian unruk kali ini.

MAKAM SULTAN ABDULLAH (RAJA ABDULLAH)





Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, waktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dengan ini Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja yang memerintah Kelantan. Apabila Raja Hussein mangkat pada tahun 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, dan sekarang didalam Jajahan Kuala Krai kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.

Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa telah menjadi terkenal menyebabkan ianya dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang dan sekarang telah menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah wujudl sebuah lagi kerajaan yang berpusat di Jembal (Kota Jembal), di bawah pemerintahan Raja Sakti pada tahun 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada tahun 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan telah terjalin dengan baiknya di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Raja Sakti (atau dikenali juga sebagai Raja Sakti I) adalah pengasas pemerintahan raja Jembal, salah sebuah kerajaan yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahan baginda adalah di Jembal (Kedai Lalat sekarang). Baginda adalah seorang daripada dua orang anak angkat Raja Bersiung dari negeri Kedah yang berkampung di Jembal. Seorang lagi ialah Puteri Mani Kemenyan, yang talah dikahwinkan oleh Raja Bersiung dengan baginda Raja Sakti.

Raja Bahar bin Raja Sakti atau juga dikenali sebagai Long Bahar Bendahara juga Raja Ekor merupakan putera sulung Raja Sakti, pemerintah Jembal.Beliau mempunyai dua orang putera iaitu Raja Abdullah dan Raja Abdul Rahim. Selepas kemangkatan kekandanya Raja Loyor, baginda dilantik sebagai raja Jembal.Baginda mangkat sekitar tahun 1675 dan dimakamkan di Kampung Tok Kambing, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau digantikan oleh Raja Udang (Sultan Umar).

Raja Abdullah bin Raja Bahar merupakan putera kepada Raja Bahar pemerintah Jembal. Baginda berkahwin dengan Puteri Saadong, iaitu puteri Raja Loyor yang dipelihara oleh Cik Siti Wan Kembang.Selepas berkahwin dengan Puteri Saadong, baginda dilantik sebagai raja Kota Mahligai dengan gelaran Sultan Abdullah.

Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, ia digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepengtahuan Maharaja Siam, dan telah menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi lamarannya ditolak oleh Puteri Saadong kamudian telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dilarikan ke Siam dan di persembahkan kepada Narai Maharaja Siam pada tahun (1656-1688). Kerana kesetiaannya kepada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan berlakulah satu pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibatnya Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong. Kerana marahkan Sultan Abdullah yang telah berkahwin lain sepeninggalan Puteri Saadong ke negeri Siam. Baginda dipercayai mangkat pada tahun 1671 dan dimakamkan di kampung Padang Halban, Melor, kira-kira 21 km ke selatan Kota Bharu.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada tahun 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat kerana telah ditikam oleh rakyatnya sendiri di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada tahun 1675M (1086H).

Kaedah menghafal kod morse lebih berkesan

Sebenarnya dalam proses pembelajaran morse code ini saya
dalam peringkat Menghafal seperti anda juga, oleh itu harapan
saya seandainya saudara ada kaedah yang lebih mantap maka
sama-samalah kita kongsi ilmu tersebut. Seandainya terdapat
apa-apa kekurangan dan kelemahan saya mohon maaf.

Pada peringkat pertama anda digalakkan mendengar dahulu
bunyi ketukan morse. Untuk mendengarnya terdapat beberapa
program yang boleh di download kepada komputer anda.

Berlatihlah untuk mengingati bunyi ketukannya pada kelajuan
yang disarankan dalam ujian morse code. Sekarang 12 perkataan
seminit, oleh itu berlatihlah mendengar pada kecepatan tersebut.

Kalau laju dibimbangkan tidak kecapaian untuk mengingatinya
manakala jika terlalu perlahan untuk mengingati (mengamati)
pada kelajuan yang lebih tinggi akan menjadi lebih sukar.

Disini saya sarankan kepada anda untuk mendengar sahaja,
mahirkan diri dahulu untuk mendengar kerana kaedah mendengar
ketukan amat komplek sekali. Ini terpulang kepada individu
sama ada sistem pembelajarannya dalam keadaan sunyi atau
pun bising. Rasa saya lebih baik dalam keadaan sunyi pada
peringkat awal.

Masa yang diambil dalam satu sesi pembelajaran janganlah
terlalu lama, sekadar 10 hingga 20 mimit sahaja. Ingatlah
dalam keadaan normal proses penghafalan seorang manusia
itu berkadar terus dengan masa. Jangan sekali-kali memaksa
diri takut akan berlaku ingatan tepu dimana segala hafalan
anda akan menjadi kosong. Situasi sebegini tidak berlaku
pada semua orang, bergantung kepada kekuatan mental dan
fizikal individu masing-masing.

Pada peringkat awal anda akan menghadapi satu kekeliruan
yang nyata untuk membezakan jumlah ketukan. 12 perkataan
seminit bagi kita yang baru dalam bidang ini boleh dikatakan
agak laju juga. Walau bagaimana pun kita terpaksa set pada
tahap ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari kita menjadi
keliru apabila mengubah kemahiran mendengar pada tahap
rendah kepada tahap yang lebih tinggi.

Kaedah menghafal kod morse lebih berkesan

Dibahagi kepada sembilan kumpulan termasuk nombor berdasarkan
bilangan ketukan, bilangan dit dan dah di samping itu kumpulan
ketukan sama ada dit atau dah.

Jangan keliru ejaan. Pada awalnya di eja di dan apabila berakhir
di eja dit, ini berdasarkan nada bunyi yang sebenar.

1. Dit
E dit
I di-dit
S di-di-dit
H di-di-di-dit

Ketukan mengikut susunan huruf
kena ingat susunannya iaitu
E,I,S,H iaitu bunyi dit


2. Dah
T dah
M dah-dah
O dah-dah-dah

Sama seperti diatas T,M,O bezanya
bunyi iaitu dah


3. Di-Dah
A di-dah
U di-di-dah
V di-di-di-dah
W di-dah-dah
J di-dah-dah-dah

1. Huruf A hingga V bunyi di
bertambah dari satu ke tiga
manakala dah tetap satu pukulan.
2. W & J di tetep satu pukulan manakala
dah bertambah dari dua ke tiga pukulan.


4. Dah-Dit
N dah-dit
D dah-di-dit
B dah-di-dit-dit
G dah-dah-dit

1. Huruf N & D dah tetap satu dan dit
bertambah dari satu ke dua ketukan.
2. Huruf B & G dah bertambah dari satu
ke dua dan dit berkadar songsang dari
dua ke satu pukulan.


5. Di-Dah-Dit
R di-dah-dit
L di-dah-di-dit
F di-di-dah-dit

1. Huruf R hingga F dah di kapit oleh dit.
R tiga ketukan dan yang lain empat ketukan.
2. L dua dit di sebelah kanan dan F dua di
di sebelah kiri.

6. Dah-Di-Dah
K dah-di-dah
Y dah-di-dah-dah
C dah-di-dah-dit
Q dah-dah-di-dah

1. Huruf K,Y & Q dit dikapit oleh dah kecuali
huruf C diakdiri dengan dit.
2. K & Y diakhiri satu dan dua dah. Huruf C & Q
dimulai dengan satu dan dua dah
3. K tiga ketukan dan selebihnya empat ketukan.


7. Di-Di & Dah-dah
P di-dah-dah-dit
X dah-di-di-dah
Z dah-dah-di-dit

1. Huruf P dua dah dikapit oleh dua dit
2. X & Z di mulai dengan satu dan dua dah.
3. Semuanya empat ketukan.


8. Di akhiri dengan Dah
0 dah-dah-dah-dah-dah - 5 dah
1 di-dah-dah-dah-dah - 1 di 4 dah
2 di-di-dah-dah-dah - 2 di 3 dah
3 di-di-di-dah-dah - 3 di 2 dah
4 di-di-di-di-dah - 4 di 1 dah

1- Angka 0 hingga 4 adalah lima ketukan .
bezanya adalah dah dan dit. 0 lima dah.
2- Angka 1 hingga 4 di bertambah
mengikut susunan nombornya
manakala dah semakin berkurangan.


9. Di akhiri dengan Dit
5 di-di-di-di-dit - 5 dit
6 dah-di-di-di-dit - 1 dah 4 dit
7 dah-dah-di-di-dit - 2 dah 3 dit
8 dah-dah-dah-di-dit -3 dah 2 dit
9 dah-dah-dah-dah-dit -4 dah 1 dit

1-Angka 5 hingga 9 lima ketukanjuga
Angka 5 adalah lima dit
2- Angka 6 hingga 9 dah bertambah
manakala dit berkurang.

AWAL MUHARAM



Selamat menyambut 1 Muharam 1431
semuga tahun baru ini lebih baik dari
tahun sebelumnya.

Setelah masuk tahun baru usia kita
telah bertambah manakala hayat kita
semakin berkurang, oleh itu berazamlah
kearah kebaikan dan kemakmuran
di dunia ini.

Kehidupan kita ini sedang menuju
ke penghujungnya oleh itu segala kebiakan
yang kita lakukan akan dikenang sepanjang
zaman.

Sementara masih bernyawa ada baiknya
kita berazam bahawa wawasan kita bagi
tahun hadapan lebih baik dari tahun-tahun
sebelumnya.

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1431

Sejambak doa buat rakan SWL

Bertemu kembali, saya doakan kepada semua
rakan SWL semuga anda dipermudahkan segala
urusan di dalam menghadapi RAE pada petang esok.

Sekiranya ada rezeki anda semua soalan yang saya
ulas dan ketengahkan dalan panduan ini setidak-tidaknya
keluar sebahagian darinya, insyaAllah.

Harapan saya anda tidak perlu gelabah dan gusar
kerana masa untuk menjawab soalan adalah mencukupi.
Dari pengalaman saya semasa menduduki RAE dulu
saya mempunyai lebihan masa hampir satu jam, tapi
saya tidak keluar dewan. Saya cuba semak berulang
kali sehingga akhir waktu.

Sekali lagi saya doakan semuga anda lulus dalam
ujian ini. Lantaran itu anda akan memperolehi
satu tiket yang melayakkan diri anda untuk dipanggil
stesyen radio amatur atau ham radio.

Satu permintaan dari saya seandainya anda lulus
dalam ujian ini maka janganlah lupa kepada rakan-
rakan SWL yang bakal menempuh ujian RAE nanti.
Saya mohon daripada anda supaya dipanjangkan
alamat blog saya ini kepada mereka semuga rakan
kita itu mendapat menafaat yang sama sebagaimana
yang anda dapat sekarang ini.

Akhir kalam saya doakan kepada anda semua semuga
berjaya dalam ujian ini, di samping itu saya mohon
maaf seandainya dalam panduan saya ini terselit
ungkapan yang menginggung anda semua. InsyaAlah
andainya masih terdaya saya akan sediakan lagi nota
RAE untuk sesi yang akan datang. Terima kasih.