27 November 2008

Kanser

Kanser - Apakah Petanda ini Wujud pada Anda ?
Kenal pasti samada tanda-tanda ini wujud pada diri anda.. Kesan awal kanser boleh
menyelamatkan nyawa anda, maka kerap melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan
pemakanan sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.Selain itu,
kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan
amalkan gaya hidup yang sihat.
1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas
bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari
puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam
perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit
dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,
cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit
dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh,
pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan
(infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
membengkak di leher.
10 Punca Utama Kanser :
(1) Makanan
(2) Alkohol
1 / 2
Kanser - Apakah Petanda ini Wujud pada Anda ?
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan
2

No comments: