30 December 2008

Ke Kuala Lumpur

Pada 27 Dis 2008 jan 10.30 pagi saya sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur. Sekitar jam 4.30 petang saya sampai di Batu Cave, saya cuba scan freq amateur apabila sampai di v32 saya terdengar 9w2rcm dan 9w2wcl sedang qso. Saya cuba kontek, terkejut besar rakan kita dan tertanya-tanya. Saya maklumkan kepada mereka pada masa itu saya berada di KL, Kedua -dua rakan kita itu sedang bercuti di KL dan akan pulang pada 30 Dis 2008 manakala saya pulang pada 29 Dis 2008.

Pada 28 Dis 2008 semasa saya memandu dari Sungai Buluh menuju ke UiTM Shah Alam
saya cuba memanggil rakan di v40 dan muncul rakan ham dari Taman Tun menyahut panggilan saya.
Rakan yang dimaksudkan adalah Pak Anuar 9m2mo yang memandu ke pasar tani. Saya
terima kasih kepadanya kerana memandu arah semasa perjalan saya ke Shah Alam.

Lebih kurang 1.30 petang kami sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur dan menuju ke KLCC.
Beberapa gambar yang sempat saya rakam semasa berlegar-legar disana sebelum bertolak
balik ke Sungai Buluh ditempat saya berlabuh.


Pandangan KLCC dari tempat parking




Pandangan dari taman tempat berehat

Kuala Lumpur

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kuala Lumpur
كوالا لومڤور
Flag of Kuala Lumpur
Flag
Official seal of Kuala Lumpur
Seal
Nama samaran: KL
Moto: 'Maju dan makmur'
Lokasi dalam Malaysia
Lokasi dalam Malaysia
Koordinat: 3°8′00″N 101°42′00″E / 3.133333, 101.7
Negara Malaysia
Negeri Wilayah Persekutuan
Penubuhan 1857
Taraf bandar raya 1974
Kerajaan
- Datuk Bandar Abdul Hakim Borhan
Dari 14 Disember 2006
Kawasan
- City 94.1 sq mi (243.65 km²)
Ketinggian 72 ka (22 m)
Kepadatan (2004)
- City 1,479,388
- Metro 6,527,057 (2,006) [1]
Zon masa MST (UTC+8)
- Musim panas (DST) MST (UTC+8)
Min waktu suria UTC+06:46:48
Laman web: http://www.dbkl.gov.my/
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (Jawi: كوالا لومڤور) (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.

Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.

Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.

Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah beratap rumbia kepada bangunan moden seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

[sunting] Politik

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur akhirnya diikhtiraf sebagai Wilayah Persekutuan Malaysia yang pertama.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Manakala pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke ibu negara baru Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Wilayah persekutuan Kuala Lumpur adalah antara bandar raya paling maju dan moden di Asia Tenggara setanding Singapura, Bangkok dan Jakarta.Malaysia adalah sumber pengimpotan tenaga buruh bagi rakyat asing seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Ramai rakyat asing dalam kalangan negara jiran atau lebih spesifik asia tenggara(ASEAN) telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

[sunting] Geografi

Rencana utama: Geografi Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi kawasan seluas 243.65 km2 dan terbahagi kepada 3 daerah :

Dari segi Geografi, kedudukan sebenarnya adalah 3°08Utara, 101°42 Timur. Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Dijadikan Wilayah Persekutuan sejak tahun 1972 dan diasingkan daripada negeri Selangor.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga boleh dibahagikan secara politik kepada 11 kawasan parlimen :-

[sunting] Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Kuala Lumpur

[sunting] Demografi

Rencana utama: Demografi Kuala Lumpur

[sunting] Pengangkutan

Tidak seperti kebanyakan bandar raya utama di Asia, berkenderaan sendiri adalah kaedah pengangkutan utama di Kuala Lumpur. Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur mempunyai rangkaian jalan raya komprehensif yang menghubungkannya ke destinasi lain di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang tunai ataupun melalui sistem pembayaran elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch 'n Go.

Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan terbang utama serta Lapangan Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi, kereta api dan kereta api. Sistem rel cepat di Kuala Lumpur terdiri daripada Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian Keretapi Tanah Melayu.

Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di Malaysia.

[sunting] Seni dan Kebudayaan

Rencana utama: Budaya di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, ibu negara yang pelbagai budaya, merupakan pusat acara dan kegiatan kebudayaan. Antara pusat-pusat budaya terpenting ialah Muzium Negara yang terletak di sepanjang Lebuhraya Mahameru. Muzium Negara menawarkan pelbagai jenis koleksi seperti artifek dan lukisan yang dikumpul dari seluruh pelosok negara. Muzium ini melambangkan kekayaan warisan dan sejarah kebudayaan negara.

Satu lagi tempat penghargaan seni ialah Dewan Filharmonik Kuala Lumpur. Dewan konsert klasik ini menampilkan pentas berbentuk kotak kasut yang dilengkapi kemudahan terkini serta rekabentuk canggih dan tempat duduk yang selesa. Dewan ini dijadikan ibu pejabat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) yang menampilkan barisan pemuzik antarabangsa yang mengagumkan, mempersembahkan konsert semasa, konsert chamber dan persembahan tradisi kebudayaan.

Satu lagi kebanggaan Malaysia, Istana Budaya merupakan salah satu daripada sepuluh tempat teater paling tercanggih di dunia. Teater ini merupakan yang pertam di Asia yang memasang kelengkapan canggih yang setanding dengan Royal Albert Hall di London. Apabila bersiar dalam dewan, pengunjung dapat menikmati warisan budaya Malaysia. Bangunan teater dihiasi dengan ukiran kayu berbentuk bunga dan daun serta marmar Langkawi. Galeri Seni Petronas, pusat pameran seni halus yang elegan dari seluruh dunia, terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Platform Ruangan Eksperimental (Experimental Space) dalam galeri tersebut bertujuan meningkatkan inovasi dan eksperimentasi seni. Galeri Seni Negara juga menjadi landasan menunjukkan koleksi seni yang menonjol dan untuk menyemai kesedaran seni di kalangan masyarakat.

Pentas Seni KL (the Kuala Lumpur Performing Arts Centre, KLPac) di Sentul West juga adalah pusat penting untuk seni persembahan, khususnya teater dan muzik (pusat ini juga membolehkan perembahan filem). Pusat ini menempatkan terbitan tempatan yang mengagumkan dan sekian lama menjadi penyokong utama seniman persembahan bebas dari temaptan dan serantau. Antara acara-acara utamanya ialah pesta muzik KL Sing Song 2006 yang menampilkan penyanyi-penggubah Malaysia dari pelbagai latar kebudayaan, dari Semenanjung dan Malaysia Timur, melalui dua hari persembahan dan bengkel mengasah bakat. Pesta ini adalah sebuah acara penting dalam KL Festival pertama pada tahun 2006.

[sunting] Galeri

[sunting] Lihat juga


No comments: