19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Selamat hari raya dari kami sekeluarga maaf zahir dan batin. Insyaallah esok Ahad 20 September 2009 M bersamaan 1 Syawal 1430H kita akan berhari raya. Hari ini saya terlepas dari melihat anak bulan di Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai.

Rasanya beruntung juga sebab kalau terkena rasanya sampai kerumah di Kota Bharu malam ni lebih kurang 2.30 pagi kerana khabarnya jalan bersesak-sesak. Saya telah lihat anak bulan untuk ketetapan puasa pada 20 Ogos 2009 dan sampai kerumah 12.00 malam. Anak bulan tak nampak kerana awan mendung kelabu, kalau nampak pun tidak akan puasa pada keesokan hari kerana bulan muda iaitu waktu ijtimaknya kurang dari 8 jam.(umur hilal 01 jam 15 minit)

Sebelum ini saya lihat anak bulan di Menara SEDC Kota Bharu, entah bagaimana JUPEM Machang nak alih selera dan terpaksalah kami dari JUPEM Pasir Mas ke Bukit Tembeling pula.
Rasa takut juga kerana terpaksa menggunakan 4x4 pada jarak dua km. dengan sudut donggak +- 35 darjah.

Kalau cuaca elok petang ni anak bulan akan kelihatan kerana anak bulan sudah tua iaitu melebihi 8 jam. Untuk makluman saudara/i ijtimak telah berlaku pada pukul 2.00 pagi tadi ini bermakna umur anak bulan sudah melebihi 16 jam dan anak bulan akan kelihatan selepas pukul 7.00 petang iaitu selepas matahari terbenam.

Mengikut kiraan atau rukyah maka esok 20 September 2009 adalah 1 syawal 1430H maka berayalah kita. Takbir...........

No comments: