01 December 2009

Panduan ke tiga puluh sembilan (RAE)

Penapis
Beberapa jenis penerus terdapat dalam bekalan
Kuasa. Ianya terdiri dari penerus gelombang
Penuh, penerus setengah gelombang. Penerus
Titi gelombang penuh dan litar pendua voltan.
Semua penerus memberi voltan AT berdenyut.

Penapis diperlukan untuk melicinkan AT berdenyut.
Semua sistam penapisan berlandaskan keupayaan
Pemuat untuk cas dan nyahcas. Pemuat akan cas
Menghampiri nilai puncak denyutan dan kamudian
Menyahcas voltan yang terstor kepada beban.
Semua pemuat yang digunakan dalam penapis
Adalah dari jenis elektrolit. Baki AT berdenyut
Selepas penapisan dipanggil riak. Riak mempunyai
Frekuensi 50 Hz untuk litar setengah gelombang
Dan 100 Hz untuk litar gelombang penuh jika
Masukan 50 Hz digunakan.

1. Sebuah litar pelicin menggunakan pengaruh
dan pemuat adalah merupakan suatu standard bagi:
a) Penuras laluan rendah
b) Pengatur voltan
c) Penerus

d) Pembezalayan

No comments: