Sebenarnya dalam proses pembelajaran morse code ini saya
dalam peringkat Menghafal seperti anda juga, oleh itu harapan
saya seandainya saudara ada kaedah yang lebih mantap maka
sama-samalah kita kongsi ilmu tersebut. Seandainya terdapat
apa-apa kekurangan dan kelemahan saya mohon maaf.
Pada peringkat pertama anda digalakkan mendengar dahulu
bunyi ketukan morse. Untuk mendengarnya terdapat beberapa
program yang boleh di download kepada komputer anda.
Berlatihlah untuk mengingati bunyi ketukannya pada kelajuan
yang disarankan dalam ujian morse code. Sekarang 12 perkataan
seminit, oleh itu berlatihlah mendengar pada kecepatan tersebut.
Kalau laju dibimbangkan tidak kecapaian untuk mengingatinya
manakala jika terlalu perlahan untuk mengingati (mengamati)
pada kelajuan yang lebih tinggi akan menjadi lebih sukar.
Disini saya sarankan kepada anda untuk mendengar sahaja,
mahirkan diri dahulu untuk mendengar kerana kaedah mendengar
ketukan amat komplek sekali. Ini terpulang kepada individu
sama ada sistem pembelajarannya dalam keadaan sunyi atau
pun bising. Rasa saya lebih baik dalam keadaan sunyi pada
peringkat awal.
Masa yang diambil dalam satu sesi pembelajaran janganlah
terlalu lama, sekadar 10 hingga 20 mimit sahaja. Ingatlah
dalam keadaan normal proses penghafalan seorang manusia
itu berkadar terus dengan masa. Jangan sekali-kali memaksa
diri takut akan berlaku ingatan tepu dimana segala hafalan
anda akan menjadi kosong. Situasi sebegini tidak berlaku
pada semua orang, bergantung kepada kekuatan mental dan
fizikal individu masing-masing.
Pada peringkat awal anda akan menghadapi satu kekeliruan
yang nyata untuk membezakan jumlah ketukan. 12 perkataan
seminit bagi kita yang baru dalam bidang ini boleh dikatakan
agak laju juga. Walau bagaimana pun kita terpaksa set pada
tahap ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari kita menjadi
keliru apabila mengubah kemahiran mendengar pada tahap
rendah kepada tahap yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment