23 March 2010

Celcom tidak berfungsi lagi

Sudah dua malam telefon rumah saya setiap pukul 9.00 mlm terdengar deringan, apabila diangkat gangangnya dan terdengar tone fax. Saya cuba membuat panggilan ke 100 tapi tak dapat dan keluar di skerin 'connection error'.

Ingatkan sim kad saya rosak dan dicuba pada semua sim yang saya ada(1+4) tapi keluar kenyataan yang sama. Mungkin repeater celcom menghadapi masaalah. Signal bar penuh ini yang peliknya.

Yang saya ceritakan berlaku di Kota Bharu dan terdengar rakan QSO di amatur kawasan Pasir Mas pun terlibat juga. Bagi rakan-rakan yang melayari blog saya ini bagaimana pula di kawasan anda? Adakah terlibat keseluruh negara!!. Yang lain-lain saya tak pasti kerana semua talian yang saya miliki adalah celcom.

Cepat-cepatlah pulih kerana saya hendakkan sampaikan maklumat kepada anak buah tentang lokasi kerja untuk esok hari.

Natijahnya penting juga radio amateur untuk menghubungi rakan-rakan yang monitor dijaluran.
Terasa saya seolah-olah kita berada dalam keadaan darurat dimana sistem komunikasi utama tidak berfungsi.

No comments: