Pada 18 Feb 2010 satu program konvoi ke Hat Yai yang dianjurkan oleh ASTRA cawangan Kelantan. Konvoi ini disertai 31 buah kenderaan, sebuah kenderaan satu keluarga. Kami tidak membawa keluarga tetepi disertai seramai lima anggota radio amatur. Jumlah yang turut serta adalah seramai lebih kurang 150 orang.
Program ini asalnya adalah untuk menghadiri eye ball yang dianjurkan oleh rakan ham di Yala. Oleh kerana masaalah tertentu majlis tersebut dibatalkan oleh pihak penganjur. Dengan ini program kami telah diubah sampai ke Hat Yai.
Rombongan kami dipandu oleh petrol car pelancungan negara Thai dan dibantu oleh seorang pegawai pelancungan.
8.30 pagi 18 Feb kami bersarapan di Sungai Golok yang ditaja oleh Datuk Bandar Sungai Golok. Majlis pelepasan dilakukan oleh Datuk Bandar yang sama. Lebih kurang pukul 12.00 waktu Malaysia kami sampai di Narathiwat dan bersantai sekejap di pantai Nara, di samping itu diberi peluang kepada rakan ham yang lain untuk menukar mata wang.
Lepas itu kami bertolak ke Patani, kami makan tengah hari di sini. Rasanya tidak terbalas kerana rakan kita di sini kenduri seekor lembu untuk di jamu kepada rombongan kami. Pecah selera juga kerana disediakan nasi minyak. Dalam perjananan kami ke pekan Patani untuk bermalam disana sempatlah kami singgah di Masjid Kerisik, melihat pemandangan ladang garam (tempat menbuat garam) dan lain-lain yang menarik.
Keesokan hari 19 Feb kami bertolak ke Hat Yai. Sepanjang perjalanan kami tiada masaalah kerana lebuh raya di sana elok (di sini lebuh raya dipanggil jalan asia). Panjang juga barisan kami rasanya mencecah satu kilometer.
Pada sebelah malam di Hat Yai kami sempat ke pasar terapung (peniaga berada diatas perahu) untuk menyaksikan suasana yang tidak terdapat di Malaysia. Sempat juga saya merasai air kelapa yang diisi dalam pasu tanah, harganya tak mahal 20 bhat satu dan pasu tersebut jadi milik saya dan dibawa pulang ke Malaysia untuk kenangan.
Sepanjang kami berada di sana makanan ditaja oleh rakan-rakan di sana, rasanya tidak terbalas budi mereka. Tarima kasih banyak-banyak di ucapkan kepada mereka.
Pada awal pagi 20 Feb kami terpaksa balik bersendirian kerana salah seorang rakan ada tugasan di Malaysia.Manakala rakan-rakan yang lain akan bertolak pada tengah hari kerana di sebelah pagi mereka bercadang untuk shoping. Dalam perjalanan pulang sempat kami singgah di rumah rakan ham kita di Kok Nibung, Patani.Sekali lagi kami di taja untuk makan tengah hari di sana. Terima kasih Pak Nasir (hs9kkx).
Dari rumah Pak Nasir kami terus pulang ke Malaysia dan sampai ke base sekitar pukul 6.00 ptg waktu Malaysia.
Saya akan ceritakan kepada anda sejarah menarik di Patani iaitu sejarah kesultanan melayu di Patani. Cerita ini saya akan muatkan dalan entri yang akan datang. Di bawah ini saya kepilkan slide yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan kami.
No comments:
Post a Comment