18 April 2010

Tanjung Katong Airnya Biru


Jeti yang nampak itu adalah Pengkalan Kok Majid


Manaiki boat menuju ke Pulau Tokang


Berselisih dengan boat nelayan.

Pada suatu pagi saya terpaksa bergegas ke Pulau Tokang untuk menyelesaikan satu tugasan yang diamanahkan kepada saya.

Pada awal pagi kami berlepas dari Pengkalan Kok Majid, Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Boat terpaksa saya booking sehari sebelumnya. Boat tersebut sayai sewa sepenuhnya untuk menghantar pergi dan balik dari lokasi kerja saya. Tuan boat akan tunggu saya dari mula kerja jam 8.30 pagi sampailah siap kerja pada pukul 1.30 petang.

Perjalanan saya dari Pengkalan Kok Majid sampai ke Pulau Tokang mengambil masa lebih kurang satu jam. Sepanjang perjalanan saya tiada kesempatan untuk melihat air yang jernih walau pun lokasi yang saya berada berhampiran dengan kuala. Rasa terkilan juga bagaimana ikan dapat hidup di dalam air yang keruh seperti air susu itu. IKAN MENANGIS SIAPALAH TAHU.

Pada sekitar tahun 70an semasa saya bersiar-siar di atas Jambatan Sultan Yahya sempat juga saya melihat air sungai yang jernih dan biru warnanya dan teringat saya kepada lagu Tanjung Katong Airnya Biru. Tapi fenomina ini tidak kekal lama masuk saja era 80an suasana dah mulai berubah dari airnya biru kepada keruh berwarna susu.

Kenapa ini berlaku tidak kesiankah kepada ikan, etok dan lain-lain hidupan yang menumpang hidup di dalam air? Adakah penerokaan tanah di sebelah hulu tidak seiring dengan putaran alam atau kata orang eko sistem? Di negeri Kelantan rasanya tak kurang para ilmuan, tidakkah tergerak hatinya untuk merumuskan formula yang terbaik untuk mengatasi masaalah ini.

Kalaulah ada yang berminat untuk membuat kajian kearah penyelesaian masaalah ini rasanya kerajaan atau badan-badan tertentu tidak keberatan untuk mengeluarkan geran bagi melaksanakan kajian ini.

Sebelum menutup mata teringin rasanya untuk melihat airnya yang jernih dan ikan berlari-lari didasarnya. Bolehlah dinyayikan semula lagu 'Tanjung Katong Airnya Biru'.

No comments: