03 June 2010

Pengsan di dalam hutan gelam


Salah seorang pegawai dari unit kecemasan Hospital
Pasir Mas sedang memberi rawatan awal kepada staf saya.

Sebenarnya cerita ini tiada kaitan dengan moto blog ini. Walaubagaimana pun sebagai kenangan peribadi, saya entri jua manalah tahu suatu hari nanti ianya menjadi peristiwa yang tak dapat di lupakan buat saya.

Pada hari khamis 27 mei 2010 kumpulan saya ditugaskan untuk menyiapkan 8 lot tanah bagi pemberian hak milik kekal di Mukim Gual Periok, Pasir Mas, Kelantan.

Kerja ini menggambil masa selama satu minggu. Pada tarikh tersebut adalah hari terakhir di mana kerja pengukuran telah siap dijalankan.

Rombongan kami terpaksa meredah hutan gelam sejauh 1.5 km untuk sampai kelokasi kerja dan terpaksa menyiapkan kawasan seluas 36 hakter.

Setelah siap kerja kami terpaksa meredah hutan gelam sejauh 4 km untuk sampai ke tempat penyimpanan kenderaan kami. Dalam perjalanan pulang mangsa menunjukkan tanda-tanda aneh iaitu berjalan sejauh lima meter terpaksa berhenti sekejap kerana keletihan. Jadi masa sepatut diambil dua jam menjadikan tiga jam untuk sampai keluar.

Lebih kurang 500 meter dengan lokasi simpanan kenderaan kami, mangsa sudah tidak bermaya dan kepanasan. Yang mengejutkan saya mangsa meminta supaya memanggil heli untuk mengeluarkan beliau dari hutan gelam tersebut.

Saya membuat panggilan ke unit kecemasan Hospital Pasir Mas. Lebih kurang 30 minit ambulan sampai kelokasi dan dibuat pemeriksaan lepas itu terus bergerak ke Hospital Pasir Mas. Semasa di unit kecemasan seorang Pembantu Perubatan bertanya adakah mangsa tersebut mengambil sarapan pagi, saya jawab tidak pasti. Sebenarnya mangsa kebuluran dan dapat keluar dari wad sementara pada pukul 7.30 petang.

Selepas peristiwa tersebut beliau sentiasa membawa bekalan untuk mengalas perutnya.

No comments: