29 September 2008

Penerangan secara ringkas

Analisis Data Bagi Penentuan Awal Ramadan, Syawal Dan Zulhijah 1429 Hijrah.

Rumusan analisis adalah berdasarkan kepada Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah yang telah dipersetujui bersama oleh anggota-anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Rukyah dan Takwin Islam Kali Ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan. Kriteria tersebut adalah seperti berikut:

Θ Diketika matahari terbenam, ketinggian hilal (anak bulan) diatas ufuk (mendatar) tidak kurang dari 2° dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 3°

Atau

Θ Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas itjimak berlaku)

© Petikan dari JUPEM


Catatan:
Ijtimak adalah titik persilangan orbit bulan semasa mengelilingi bumi dengan orbit bumi semasa mengelilingi matahari. Semuga boleh difahami, nak lukis gambarajah tak pandai. Maaf.

Untuk renungan:
Israj Mekraj berlaku waktu malam (Diperkatakan naik kelangit) dari sini boleh ditafsirkan apabila disebut naik bermaksud arah pergerakan berlawanan dengan kedudukan matahari dengan ini permukaan bumi pada ketika itu terlindung dari pancaran matahari, dari itu jelaslah waktu itu adalah malam. Jikalau siang arahnya kematahari, ini dinamakan turun. Bolehlah kita renung-renungkan ini adalan sekadar pendapat sahaja.

Penetapan Tarikh Awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah

Sekiranya data rukyah bagi sesuatu bulan itu memenuhi semua ketetapan imkanur-rukyah pada hari itu maka pada keesokan harinya dikira sebagai 1 hari bulan, manakala data rukyah tidak memenuhi semua ketetapan imkanur-rukyah maka keesokan harinya digenap menjadi 30 haribulan. Seandainya anda terlihat anak bulan pada keesokan harinya jelas pada penglihatan anda dan matahari masih cerah apabila dihitung tidak sama bilangan harinya maka gunakanlah yang diistiharkan oleh Raja Raja Melayu. Sebenarnya anak bulan yang anda lihat itu tidak memenuhi kriteria imkanur-rukyah.

No comments: