28 September 2008

Waktu Solat/Almanak Astronomi

KETERANGAN
1.0 Pendahuluan
Almanak Falak (AF) diterbitkan secara usahasama di antara Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia dan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan
dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas
pergerakan planet dan tidak ada data yang diambil secara langsung dari
mana-mana almanak atau efemeris sedia ada.
Tujuan utama AF diterbitkan ialah untuk menyediakan data-data yang
diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti penentuan
kalendar, waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah
hilal.
Keseluruhan data-data AF merujuk kepada Waktu Piawai Malaysia
(WPM) di mana longitud piawai adalah + 120° T (+ 8 jam timur). Ini
akan memudahkan lagi pengambilan data-data untuk hitungan.
2.0 Kandungan
Kandungan utama AF ialah penjadualan data-data efemeris matahari
dan bulan. Efemeris matahari diberikan dalam sela harian (24 jam)
sementara efemeris untuk bulan, yang lebih rumit pergerakannya, dalam
sela semi-harian (12 jam). Di samping itu Waktu Siderius Greenwich
(GST) yang amat berguna dalam hitungan juga dibekalkan.
2.1 Waktu Ijtimak (Conjunction)
Ijtimak adalah bermaksud pertemuan di antara bulan dan
matahari pada satah meridian ekliptik. Peristiwa ijtimak adalah
dijadikan asas permulaan bulan baru dalam sistem bulan
qamariah. Waktu Ijtimak Bagi Tahun 2005 memberikan tarikh
dan waktu kejadian ijtimak berlaku sepanjang tahun 2005
miladiah. Tarikh-tarikh awal bulan dalam Takwim 2005 Miladiah/
1425-1426 Hijriah Bagi Malaysia adalah ditentukan mengikut
kriteria Imkanur-Rukyah.
2.2 Efemeris Matahari
Efemeris harian (0 jam) matahari diberikan dalam komponen
Jarak Hamal (RA), Sudut Waktu Greenwich (GHA), Deklinasi
(Dek.) dan Semidiameter (SD). Unit masing-masing ialah jam,
minit, saat (j m s) untuk Jarak Hamal dan Sudut Waktu
Greenwich; darjah, minit (° ’) untuk Deklinasi dan minit, saat
(’ ”) untuk Semidiameter. Di samping itu nilai GST seperti yang
terdapat di dalam efemeris bulan juga diberikan.
Kejituan untuk masing-masing data ialah 01s untuk Jarak Hamal
dan Sudut Waktu Greenwich sementara 0’.1 (6”) untuk Deklinasi.
2.3 Waktu Matahari Terbit dan Terbenam
Waktu matahari terbit dan terbenam untuk sela hari diberikan
untuk Longitud Piawai Malaysia (120° T) pada julat latitud
0° - 7°. Unit data adalah jam, minit (j m).
Waktu matahari terbit dan terbenam di Malaysia boleh dihitung
seperti contoh di bawah:
Tempat: Pontian Kecil Tarikh: 1 Januari 2005
Latitud : 1° 29’ 15” U Longitud: 103° 23’ 18” T
i- Tentu dalaman untuk latitud tempatan
Matahari terbitMTt
Latitud +1 +2 +1.5
Jan 1.0 6:01:39.5 6:03:21.1 6:02:30.3
Matahari terbenamMTm
+1 +2 +1.5
18:05:30.7 18:03:49.3 18:04:40
ii- Tentu dalaman untuk longitud tempatan
Beza longitud, dL = 4m(103° 23’ 18” - 120º)
= -66.446m
= -1j 6m 27s
WPMMTt = 6:02:30.3 – dL
= 7:08:57.3 pagi
= 7:08 pagi
WPMMTm = 18:04:40 – dL
= 19:11:07 petang
= 19:12 petang
2.4 Efemeris Bulan
Efemeris semi-harian bulan (0 jam dan 12 jam) diberikan dalam
komponen Jarak Hamal (R.A), Sudut Waktu Greenwich (GHA),
Deklinasi (Dek.), Paralaks (Par.) dan Umur bulan (Umur). Unit
masing-masing adalah jam, minit, saat (j m s) untuk Jarak Hamal
dan Sudut Waktu Greenwich; darjah, minit (° ’) untuk Deklinasi;
minit, saat (’ ”) untuk Paralaks dan Hari (h) untuk Umur.
Di samping itu nilai Waktu Siderius Greenwich (GST) juga diberikan.
Penjadualan nilai-nilai Sudut Waktu Greenwich bulan akan
memudahkan lagi hitungan kedudukan bulan dibuat.
Nilai-nilai yang diberikan untuk Waktu Siderius Greenwich, Jarak
Hamal dan Sudut Waktu Greenwich adalah pada kejituan 01s,
sementara deklinasi 0’.1 (6”). Kejituan yang diberi ini adalah
memadai untuk tujuan hitungan falak.
2.5 Waktu Bulan Terbit dan Terbenam
Waktu-waktu bulan terbit dan terbenam harian diberikan untuk
Longitud Piawai Malaysia (120° T) pada julat latitud 0° - 7° U. Unit
data adalah jam, minit (j m).
Waktu bulan terbit dan terbenam di Malaysia boleh dihitung seperti
contoh berikut:
Tempat : Pontian Kecil, Johor Tarikh : 1 Januari 2005
Latitud : 1° 29’ 15” U Longitud: 103° 23’ 18” T
i) Tentu dalaman untuk latitud tempatan
Bulan terbitBTt
Latitud +1 +2 +1.5
Jan 1.0 22:31:41 22:31:04 22:31:23
Bulan terbenamBTm
+1 +2 +1.5
10:09:20 10:10:09 10:09:45
ii) Tentu dalaman untuk longitud tempatan
Beza longitud, dL = 4.138m (103º 23’ 18” - 120°)
= -68.739m
= -1:08:44
WPMBTt = 22:31:23 – dL
= 23:40:07 malam
= 23:40 malam
WPMBTm = 10:09:45 – dL
= 11:18:29 pagi
= 11:19 pagi
2.6. Jadual Biasan Untuk Altitud Rendah
Jadual ini adalah untuk digunakan di dalam hitungan penyediaan data
cerapan hilal. Altitud hilal untuk hari merukyah biasanya tidak
melebihi 15°.
Data disediakan untuk nilai tekanan dan suhu purata bagi Malaysia,
masing-masing bernilai 1014 mb dan 27° C. Formula yang digunakan
ialah:
r = P(0.1594 + 0.019.a + 0.00002.a2)
(273+T)(1+0.505a + 0.0845.a2)
di mana:
r = biasan atmosfera
a = altitud jasad samawi
P = tekanan dalam mb
T = suhu dalam ° C

Dipetik dari website JAKIM


No comments: