22 September 2009

Aurora


Aleksander Chernucho,
Kola peninsula, Russia, Mt. Khibiny
Sep. 14, 2009





Bud Kuenzli,
North Pole, Alaska
Sep. 15, 2009





Yuichi Takasaka
,
Yellowknife, Northwest Territories, Canada
Sep. 11, 2009



Robert Postma,
Lake Myvatn, Iceland

Sep. 17, 2009

Aurora wujud di sebabkan pertembungan hembusan angin yang datang dari matahari dengan medan magnet bumi.


Penghuni di bumi terselamat dari tiupan tersebut kerana adanya medan magnet bumi yang di sebut Magnetospera yang mengandungi eletron dan proton.Peristiwa ini sering berlaku di kutub sahaja. Kenapa ye.

Aurora berkait rapat gelombang radio khususnya radio amateur yang menggunakan frekuensi HF. Peristiwa ini boleh di kategorikan dalam solar aktiviti,
salah satunya dipanggil solar spot.

Solar spot adalah beberapa titik hitam yang terdapat pada
permukaan matahari. Buat masa sekarang solar spot ini dah hilang dan beberapa tahun lagi akan wujud semula. Berapa tahun sekali tak berani nak kata mungkin tiga atau lima tahun lagi he he agak je tu.

Sekitar tahun 2002 masa ini saya belum bergiat lagi dalam radio amateur. Tiap-tiap hari pada awal pagi untuk memulakan kerja saya perlu mem
buat cerapan matahari menggunakan tiedolite untuk mendapatkan utara benar. Kadang-kadang malu juga kalu kena kerja tempat orang ramai seperti depan kedai kopi atau sebagainya. Takut-takut orang kata tak waras kerana dok teropong matahari. Jadi nak cerita disini saya dapat lihat beberapa titik hitam pada permukaan matahari, terlintas dihati adakah dunia nak kiamat kerana matahari sakit agaknya. he he


Sepanjang berlakunya solar spot komunikasi menggunakan frekuensi HF amat baik sekali, gelombang radio boleh memgelilingi dunia beberapa kali.Diwaktu inilah rakan-rakan ham yang ada lesen A berkomunikasi sesama mereka ke seluruh dunia dan bertukar-tukar QSL kad masing-masing.

No comments: