25 September 2009

Celcom Fail

Kelmarin (semalam) 24/09/09 satu titik hitam dalam sejarah sistem komunikasi tanpa wayar kita dimana internet dan perhubungan suara gagal sama sekali. Message boleh tapi akan kelewaran 1 hingga 6 jam.

Rasa resah bercampur marah sebab anak saudara saya dari KL hendak datang kerumah tidak kesampaian kerana tidak boleh berkomunikasi. Saya bercadang akan memandu arahnya dengan menggunakan talian hayat (hp) tapi sayang sekali seolah-olah ianya gajah putih. Tidak boleh digunakan langsung.

Terdetik dalam hati kalau dia ada Radio Amateur seperti saya (angkat ekor sikit) adat kata dia akan sampai kerumah saya. Radio amateur boleh digunakan walau pun sistem komunikasi negara kita atau pun dunia meragam. Walau pun dia ada GPS tapi long dan lat lokasi saya tidak dapat dimaklumkan kepadanya, tak boleh berhubung kata kan.


Inilah pesawat (peralatan radio) yang
saya miliki, walau pun ianya tak seberapa
tapi saya sayang biasanya saya stand by
di frekuensi 147.650 Mhz. Kalau tak
QSO (on air) sekali sehari rasanya
macam nak deman. Entahlan.

Dua situasi dapat diselesaikan oleh pesawat yang saya sayang itu. Kes pertama rakam ham yang belum saya kenali datang dari Batu Pahat Johor (diperkenalkan oleh rakan ham yang lain) dan hendak bertandang ke base (rumah ) saya untuk membeli peralatan radio dari saya. Adalah sedikit barangan dalam simpanan saya untuk dibekalkan kepada rakan-rakan, pemudahcara katakan.Rakan kita ni tiada GPS jadi radiolah dijadikan alat komunikasi untuk memandu arah rakan kita ni untuk bertandang kebase saya.

Masa yang diambil agak lama juga lebih kurang 20 minit juga, kalau guna hp rasanya banyak juga bil yang kena bayar. Dengan menggunakan alat ini kami hanya menbayar masing-masing RM24.00 setahun. Maaf bukan nak promosi kalau ya pun saya tak dapat apa-apa bayaran dari mcmc.

Kes yang kedua lebih kurang sama juga yamg bezanya rakan kita ni swl (belum ada lesen) dari Panji Kelantan. Kaedah yang sama saya gunakan dan rakan kita tu selamat sampai ke base saya.

Dalam situasi ini natijahnya sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini (seperti dalam cerita Sarjan Hassan dan Bukit Kepong) rasanya pesawat ini amat berguna untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada rakan-rakan yang ada kepentingan dengan kita. Jadi saya akan jaga pesawat ini sebaik mungkin walau pun dianya berhantu.

No comments: