23 November 2009

Kelengkapan Radio Dalam Kereta Saya
Lebih kurang jam 12.00 tgh hari saya memandu
kereta dari opis di Pasir Mas menuju ke Base
saya di Kota Bharu tiba-tiba saya di panggil
oleh Pak Ju 9W2WIE di repeater 9M4RDA masa itu
saya dah berada di Mengkasa. Dia panggil
begini ' 9W2PNH, 9W2PNH disini 9W2WIE
panggilan dan standing by'. Lepas tu saya jawab
dan terus QSO dengannya.

Macam mana terbuka pintu hatinya hari ini,
untuk belanja saya makan tengan hari di kedai
nasi ala Kak Wok di belakang flat Jalan Bayam
Kota Bharu.

Setelah sampai ke destinasi Pak Ju belum tiba.
Saya tunggu dalam kereta agak lama juga,terlintas
dalam hati dari buang masa lebih baik saya tangkap
gambar radio dalam kereta saya dan dapat di
upload dalam blog bagus juga.



Dua PTT bukannya saya memiliki dua radio,
amateur satu saja iaitu sebelah kanan dan sebelah
kiri adalah audio amplifier manalah tahu kalau
selisih atau ikut belakang rakan, boleh juga dipanggil
rakan dari dalam kereta.
Atas adalah radio penyiaran kedua adalah radio
amateur ketiga adalah audio amplifier dan
keempat adalah external speaker.



Pandangan radio saya dari arah kanan.
Sebenarnya radio saya yang ada di situ
adalah mukanya sahaja manakala ibunya
atau amplifier saya letakkan dibawah
kusyen hadapan disebelah penumpang
wire reben warna putih disebelah kiri
radio adalah penyanbung diantara muka
dengan ibunya.Dibawah sebelah kiri
yang empat segi yang berwarna hitam
adalah external speaker.



Pandangan yang agak jauh sedikit.
Radio yang saya guna adalah dari
spesis YAESU model FT-8800R.
Saya lebih suka guna jenis ini adalah
kerana ianya menggunakan arus yang
rendah berbanding dengan spesis
lain. Saya pernah buat perbandingan
dengan rakan ham yang berjenama
lain dari YAESU. Memancar sama-
sama 5 watt yang saya punya hanya
menggunakan arus sebanyak 3 Amp
manakala yang rakan saya menggunakan
arus sebanyak 8 Amp. Dari segi kekuatan
adalah sama iaitu Romio 5 dan Seara 9
yang masing-masing berada di Tumpat
dan di Kota Bharu.



Antenna yang saya gunakan adalah dari
spesis Diomand MC101. Sebenarnya
dulu saya guna Diomand SG7500, tapi
nasib saya kurang baik kerana telah
dipinjam oleh rakan yang tidak dikenali
(curi) dan tidak dipulang sehingga
sekarang. Peristiwa ini berlaku semasa
saya parking di KB Mall yang agak
tersorok sedikit diatas sekali kerana
pada waktu itu parking di bawah semuanya
telah penuh.




Kabel yang saya gunakan adalah gabungan
dari RG174yang kecil dan RG5D yang agak besar juga.
Tapi akhir-akhir ini tidak boleh memancar jauh, mungkin
kabel saya ini telah berlaku kebocoran. Kabel
saya ini pendawaiannya melalui berhampiran dengan
enjin mungkin kerana kepanasan yang melampau
menyebabkan ianya bocor. Tidak kesempatan lagi
untuk menukar kabelnya.




Mounting yang saya gunakan dari spesis COMET
model CRD. Ianya cantik dari segi kekemasannya
dan nampak solid.Bukan nak kempen, kalu saya
kempen pun tak akan dapat royalti dari COMET.
Prestasi pemancaran adalah menurun setelah saya
pasang mounting pada bamper berbanding dengan
pasang pada boot depan. Ada masa saya kena
ubah ketempat asal iaitu pada boot.




Buat masa sekarang antenna diomand MC101
tidak dapat diguna maka saya buat keputusan
untuk memasang antenna mag mount kuater
wave dua band berjenis TOESU. Walau pun
kecil tapi power juga kerana saya berada
di Pasir Mas dapat mencapai repeater 9M4RDA
yang berada di Kota Bharu. Sekian saja
coretan saya pada dok saja.

6 comments:

Unknown said...

Salam poknik, boleh tak saya nak tau berapa belanja semua set dalam kereta paknik tu, maksud saya set radio amatur tu. Tq.

PakNik said...

Salam kembali, boleh tiada masaalah,maklumatnya adalah seperti berikut:
1. YAESU FT8800R (Dua band) RM1450.00+RM20.00(kurier) =RM1470.00(harga 2007 beli dgn SCS)
2.Mount COMET Model CRD RM100.00 (Beli di Yala Thailand)
3. Cable RG174 + RG5D + RG174 L Angle = RM90.00 (Beli runcit dan dibuat penyambungan sendiri)
4. Antenna Diomand MC101 RM110.00 (termasuk kurier dibeli dari SCS)
Jumlah keseluruhan RM1770.00.
Untuk senarai harga sila layari website:http://www.kedaiscs.com/.
Dulu saya pakai antenna Diomand super gainer SG7500 dua band RM270.00 tapi dicuri orang. Mag mount diatas bumbung kereta saya itu adalah TOESU dua band harganya adalah RM120.00. Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

9w2yzi said...

salam pok nik ambo org baru dlm ham nie... callsign 9w2yzi, asal kedai mulong tp lani duk penang. 73.

Anonymous said...

bukan nye pok ju ade jual brang2 radio ke?

mdshaari said...

Assalam, PakNik, saya rakan baru dalam Ham ni, callsign 9W2ECS handle operator mdshaari.
nak bertanya di mana saya boleh membeli magmount TOESU dual band...masih adakah lagi produk ini.

Berminat pula. Sekian dulu dari saya.

Assalamualaikum. 73.

Nik Hassan said...

Walaikummussalam,
Sekarang saya sudah berhenti menjual peralatan radio. Sekiranya sdr berminat bolehlah menghubungi pak ju kalau masih ada setok. 73