20 November 2009

Panduan ke dua puluh satu(RAE)

Elektromagnet

Untuk memudahkan pemahaman medan elektromagnet,
medan itu biasanya dipisahkan menjadi dua medan yang
berasingan, iaitu medan elektrik dan medan magnet.
Sebuah medan elektrik bukan sifar akan dihasilkan
oleh kehadiran zarah-zarah yang mempunyai cas elektrik,
dan medan itu pula akan menghasilkan daya elektrik;
ini adalah daya yang menghasilkan elektrik statik dan
mendorong aliran cas elektrik (arus) dalam pengalir elektrik.
Sebaliknya, medan magnet boleh dihasilkan oleh gerakan
cas-cas elektrik, atau arus elektrik, dan menghasilkan daya
magnet yang berkait dengan magnet.
Petikan dari wikipedia

1. Apakah itu gelombang elektromagnetik?
a) Arus ulang. alik di dalam teras suatu
elektromagnet
b) Suatu gelombang yang mengandungi dua
medan elektrik pada sudut kanan di antara satu
sama lain

c) Suatu gelombang yang mengandungi satu
medan elektrik dan satu medan magnet pada
sudut kanan di antara satu sama lain
d) Suatu gelombang yang mengandungi dua
medan magnet pada sudut kanan di antara satusama lain

No comments: