Panduan ke dua puluh lapan (RAE)
SIGNAL REPOT
Laporan signal yang diterima dari Stesyen
Radio Amatur ketika perbualan. Kedua-dua
Stesyen boleh mengemukakan signal samada
baik atau tidak ketika berkomunikasi. Laporan
tersebut dapat memberi peluang kepada Stesyen
lain untuk memperbetulkan pancaran.
Terdapat 2 skala yang mendorong kepada
laporan signal iaitu Penerimaan (Pendengaran)
dan kekuatan penerimaan signal. Skala tersebut adalah:-
Penerimaan Pendengaran: Readability Scale (R)
1.Sukar menerima pendengaran.
2.Lemah, penerimaan kurang jelas.
3.Kurang memuaskan, penerimaan menyukarkan.
4.Baik, penerimaan jelas.
5.Amat baik, penerimaan yang jelas dan terang.
Kekuatan Penerimaan Signal: Signal Strength Scale (S)
1.Tidak dapat difahami, boleh mengerti.
2.Signal penerimaan lemah, boleh dibaca.
3.Signal penerimaan lemah, boleh diterima.
4.Signal penerimaan sederhana.
5.Signal penerimaan sederhana baik.
6.Signal penerimaan baik.
7.Kekuatan signal yang sederhana.
8.Signal penerimaan yang kuat.
9.Signal penerimaan yang kuat dan mantap.
Angka “5 dan 9” bermaksud amat baik diterima
dengan kualiti audio yang jelas dan mantap.
Petikan dari KRAI AMATURE RADIO AND RECREATION CLUB
Bar yang ditujukkan pada S-meter yang dipaparkan
Pada panel radio anda adalah ditentukan oleh faktor
Jarak dari pancaran rakan anda.
1. Laporan kebolehbacaan "R2" menandakan:
a) ketidakbolehbacaan
b) hanya boleh dibaca dengan sedikit kesukaran
c) sangat sukar dibaca dan sangat bising
d) boleh dibaca dengan sempurna
2. Laparan isyarat “5 dan 9” diberikan bila isyarat
yang diterima mempunyai:
a) kekuatan isyarat yang lemah dengan nada
"C W" yang baik
b) kekuatan isyarat yang baik tetapi nada "C W"
yang lemah
c) nada "CW yang tidak boleh dibaca sama
sekali
d) isyarat nada yang boleh dibaca sepenuhnya,
kuat dan jelas
3. Laporan "S" dalam kod "RST" diperolehi
daripada:
a) tahap kuasa dari isyarat yang dipancarkan
b) kelajuan pada mana "CW" dihantar
c) tahap gangguan pada jalur
d) bacaan pada penunjuk "meter S" penerima
No comments:
Post a Comment