Untuk kali ini saya bincangkan khusus bawah tata cara
QSO. Sila baca penerangan dan cuba jawab soalan.
Seandai ada apa-apa kemuskilan sila ajukan pertanyaan
didalam ruangan comments
Untuk memanggil rakan ham yang lain
9W2XXX, 9W2XXX, di sini (callsign anda). Adakah anda di frekuensi?; atau
9W2XXX, 9W2XXX, this is (your callsign). Are you on the frequency?; or
9W2XXX, 9W2XXX, di sini (callsign anda). Memanggil dan standing by; atau
9W2XXX, 9W2XXX, di sini (callsign anda). Calling and standing by; dsb
9W2XXX, 9W2XXX, this is (your callsign). Calling and standing by; etc
Petikan dari Standard Operating Procedure (SOP)
Pilihlah mana-mana ayat yang sesuai dengan anda
Cuba sebut berulang kali, dan hayati rangkap-rangkapnya
Dengan ini anda dapat membuat rumusan bahawa dalam
System komunikasi di radio amatur hendaklah disebut
Callsign pihak kena panggil dan diikuti dengan callsign
Pemanggil.
pada permulaan dan akhiran suatu
penghantaran ialah:
a) "callsign" pihak yang satu lagi diikuti dengan
"callsign" anda
b) "callsign" anda diikuti dengan "callsign"
pihak yang satu lagi
c) "callsign" anda, diulang dua kali
d) "callsign" pihak yang satu lagi, diulang dua
kali
Tatacara QSO
1.Ruangkan masa sebelum memancar ‘di antara over’
Jangan terus menekan PTT, ruangkan sekurang-
Kurang 3 saat semasa pertukaran giliran (dipanggil
“3 seconds pause” atau “hentian 3 saat”). Ini akan membuka
ruang dan peluang untuk rakan lain membuat kontek
yang mungkin amat penting baginya.
2.Bercakap dengan jelas ke mikrofon. Jarak mikrofon
Dari mulut anda mengikut apa yang dicadangkan oleh
‘Manual Pengguna’ rig. Jika anda menukar mikrofon
baru, selaraskan balik jarak ini, dapatkan maklum balas
dari rakan. (Mikrofon lebih baik ‘disisikan’ semasa
bercakap, berbanding dengan bercakap ‘ke dalam mikrofon-
“talk across the microphone, not into it”).
Petikan dari Standard Operating Procedure (SOP)
Cuba fahami ayat diatas dan carilah jawapan
Yang sesuai dengan dua soalan dibawah.
2. Bila berbual melalui suatu pengulang VHF
atau UHF, anda perlu diam seketika di antara
"over" bagi membolehkan:
a) laluan bagi pesanan penting dan kecemasan
b) stesyen lain untuk turut serta dalam "QSO"
c) untuk menyejukkan pengulang
d) Jawapan a) dan b) diatas
disarankan agar:
a) bercakap secepat yang mungkin bagi
melegakan frekuensi
b) bercakap sangat perlahan dengan
menggunakan fonetik sekerap yang mungkin
c) menggunakan kod "Q" sekerap yang mungkin
d) bercakap dengan jelas dan tidak terlalu cepat
Tatacara QSO
CQ yang panjang (membuat panggilan CQ CQ) tidak perlu
di repeater mahu pun pancaran di gelombang VHF/FM atau UHF.
ia adalah khusus untuk HF. Umunkan sahaja kehadiran anda dan anda
sedang ‘monitoring’ di frekuensi. Sekiranya ada rakan yang mendengar
dan ingin menghubungi anda, mereka pasti akan membuat kontak
dengan anda. CQ digunakan di CW kerana lebih cepat dan ringkas
untuk menghantar ‘CQ’ dari menghantar masej penuh dengan Morse.
Petikan dari Standard Operating Procedure (SOP)
4. Apabila membuat panggilan "CQ" adalah
menjadi amalan baik untuk:
a) menggunakan frekuensi yang sedang
digunakan oleh stesen yang lemah
b) sentiasa menggunakan “CW"
c) hanya memanggil stesen-stesen “DX"
d) mempastikan yang frekuensinya adalah lega
(tidak digunakan) sebelum memulakannya
5. Perkataan "CW" adalah singkatan untuk?
a) Kod Morse
b) Panggilan menunggu
c) Gelombang terus-menerus
Tatacara QSO
Untuk masuk bergabung dengan QSO yang sedang berlasung
Sebelum anda menyertai QSO, terdapat beberapa perkara
Yang anda harus pilih:-
- Pastikan apakah tajuk yang sedang dibincangkan. Adakah
kita dapat menyumbangkan pendapat keatas topik/isu
tersebut? Sekiranya kita tidak dapat menyumbang, lebih
baik kita menjadi pendengar sahaja.
- Pastikan anda telah mendengar sekurang-kurangnya
Satu pusingan QSO tersebut. Pastikan berapa ramai rakan
Yang sedang keudara dan juga urutan giliran bagi satu
Pusingan QSO. Buat catatan jika berkeupayaan. (Catatan
Ke Buku Log adalah wajib)
- Bila bergabung dengan kumpulan yang sedang QSO, teruskan
Dengan perbincangan yang sedang berlangsung, jangan
Sekali-kali anda mengubah topik perbincangan. Sekiranya
Tidak berminat dengan topik tersebut, jangan masuk.
Petikan dari Standard Operating Procedure (SOP)
Rumusan dari penerangan diatas maka jawapan yang sesuai
Adalah ‘d’
6. Apa yang harus anda lakukan apabila anda
mendengar dua stesen sedang ber "QSO"?
a) Menyampuk perbualannya tanpa mengetahui
apa yang sedang rnereka perbincangkan
b) Dengar dahulu dan setelah mengetahui intipati
"QSO" tersebut mohonlah untuk, turut
serta dan mulalah bercakap mengenai hal
lain
c) Menyampuk dan mulakan perbincangan
mengenai hal lain
d) Dengar dulu dan sekiranya anda rasa anda
boleh menyumbang kepada "QSO" tersebut,
mohonlah untuk turut serta dan berbuallah
dengan merangsangkan lagi perbincangan
7. Apakah amalan terbaik apabila menggunakan
pengulang?
a) Kekalkan "over" singkat bagi membolehkan
pengguna lain mencapainya
b) Kekalkan "over" selama mana yang anda
suka
c) Bincangkan perkara-perkara termasuk politlk,
seks dan agama
d) Mencapai pengulang tersebut tanpa
2 comments:
Assalamualaikum...
terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana nota panduan yang diberi dapat membantu saya yang membuat persediaan untuk RAE 2 pada Disember nanti. Saya cuma ada satu pertanyaan (ralat) pada Panduan keenam belas, soalan 5 yang menanyakan tentang maksud "CW". Jawapan yang diberi ialah Kod Morse. Dalam rujukan saya dalam SOP MCMC dan contoh soalan yang lain, CW merujuk kepada "continuous wave". Maafkan saya kalau apa yang saya nyatakan ini menyinggung saudara yang sudah lama berkecimpung dalam ham radio berbanding saya yang baru sahaja hendak berkenalan dengan ham radio. Terima kasih sekali lagi.
Walaikummussalam,
Terima kasih diatas teguran anda itu, Sebenarnya saya keliru dengan terjemahan dalam bahasa melayu. Sy tidak tersinggung, malah saya berterima kasih kpd anda yang menyelamatkan keadaan. Kalau tidak saya anak berasa bersalah yang berpanjangan kerana memberi fakta salah kepada rakan-rakan. Terima kasih sekali lagi atas teguran anda. Satu permintaan,sila buat teguran dalam 'luahan rasa' dgn ini info mudah sampai kpd sy, kalau dlm komen kadang2 tak sedar ada respon dari rakan2.
Post a Comment