01 December 2009

Panduan ke tiga puluh lapan (RAE)

Resonan
Litar resonan (salun) digunakan dalam litar
frekuensi radio bagi menala isyarat a.u
yang dikehendaki. Litar resonan untuk mendapatkan
frekuensi resonan kerap terdapat pada radio,
televisyen, peralatan elektronik dan system
pemancar.

Litar LC iaitu kearuhan dan pemuat ditala
kepada satu frekuensi resonan yang mana
kesan resonan berlaku apabila kedua-dua
nilai regangan sama.

Frekuensi Resonan
1.Regangan kearuhan menaik sejajar dengan
pertambahan frekuensi. Manakala regangan
pemuat menurun apabila frekuensi ditinggikan.
Sifat yang berlawanan ini bagi gabungan L
Dan C tentunya ada satu tahap dimana nilai
XL sama dengan XC yang disebut resonan.
2.Nilai L dan C yang besar menghasilkan
frekuensi resonan rendah.
3.Nilai L dan C yang kecil menghasilkan
frekuensi resonan tinggi.


1. Pemuat dan pengaruh menentang arus ulang
alik. Ini dikenali sebagai:
a) rintangan
b) resonan
c) kealiran

d) regangan

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum...terdapat percanggahan jawapan untuk soalan diatas...yg mana minggu lepas saya telah mengikuti kelas RAE. Mengikut jawapan Yg diberikan untk soalan diatas oleh cikgu yg mengajar adalah (d)-regangan...mohon kesahihan soalan....tgh konfius....tq