Lama tidak kemas kini blog ini, rasanya
Saya hendak bincang tentang pengulang
bagi rfekuensi FM dan tidak pada SSB
atau AM.
Anda boleh mempelajari sifat-sifat frekuensi,
iaitu cara ia bergerak. Ianya amat bebeza
antara FM dengan AM.
Pengulang adalah suatu peranti sebagai
perantara di antara dua stesyen untuk
berkomunikasi atau QSO walau pun
pada jarak yang jauh.
Pengulang biasanya digunakan bagi FM mode,
ini disebabkan sifat frekuensinya bergerak
dalam keadaan mendatar. Dengan kata lain
komunikasi yang berkesan dapat berlaku
dalam keadaan saling nampak diantara hujung
antena pemancar dengan hujung antena penerima.
Perlu diingatkan bentuk bumi kita adalah spera,
pada jarak lebih kurang 300 meter akan berlaku
lengkungan bumi. Buktinya anda dapat bayangkan
sendiri terhadap bangunan tinggi kenapa pada
jarak tertentu iannya tidak dapat di lihat.
contoh kedua cuba anda berada di tepi pantai
dan perhatikan pada ufuk lautan, tidakkah
terdapat satu garisan lengkung dan tidak
bergaris lurus.
Kesimpulannya pengulang biasanya di dirikan
di tempat yang tinggi dengan ini frekuensinya
dapat meliputi kawasan yang lebih luas. Walau
pun anda hanya menggunakan handy sahaja,
frekuensi yang anda pancar akan di terima
oleh pengulang dibahagian penerima dan
audio anda akan dihantar ke bahagian pemancar
pada pengulang tersebut dengan frekuensi yang
lebih tinggi nilainya.
No comments:
Post a Comment