Penguat
Penambahan kekuatan isyarat adalah dilaksanakan
oleh penguat. Penguat terdiri dari dua bentuk, iaitu
penguat isyarat kecil dan penguat isyarat besar. Penguat
isyarat kecil biasanya terdapat dalam RF (frekuensi radio),
IF (frekuensi perantaraan) dan seksyan penguat audio.
Sistem penguat mengandungi transducer untuk mengesan
isyarat. Dalam penguat isyarat kecil fungsi utama ialah
untuk memberi penguatan linear isyarat masukan.
1. Suatu penguat audio adalah perlu bagi suatu
penerima kerana:
a) isyarat yang meninggalkan pengesan adalah
lemah
b) frekuensi pembawanya mesti diganti
c) isyaratnya memertukan penyahmodulatan
d) Isyarat RF tidak boleh didengari oleh telinga manusia
Salam,
Bertemu kembali, mungkin anda semua dalam keadan
sihat dan telah bersiap sedia untuk berjuang bagi mendapatkan
satu tiket bagi melayakkan anda untuk bergelar sebagai
seorang pengendali radio amatur atau ham radio.
Rasanya inilah nota yang terakhir yang dapat saya sajikan
untuk rakan-rakan swl disamping rakan-rakan ham dan
mana-mana rakan yang sentiasa mengikuti blog saya ini.
Saya sentiasa mendoakan kepada rakan-rakan yang akan
menghadapi peperiksaan (RAE) semuga kejayaan yang akan
menanti anda. Dalam peperiksaan ini markah lulus yang
diperlukan hanyalah 50 makah sahaja. Saya berkeyakinan
bahawa seandainya anda dapat menghayati nota yang saya
sajikan ini insyaAllah untuk lulus adalah cerah.
Saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan kerana
pada sesi ini saya tidak sempat untuk menghabiskan kesemua
silabus yang sepatutnya. Contohnya amatur setalit tidak
dimasukkan dalam nota ini, kerana topik ini adalah agak berat
bagi saya dan tidak ketemu rujukan yang bersesuaian untuk
dijadikan panduan bagi saya menyediakan nota ini.
Sebenarnya untuk menyiapkan sesuatu nota itu adalah agak
berat juga. Tapi dah terlanjur saya berjanji dengan rakan-rakan,
pahit getir terpaksa saya harungi jua. Tapi saya tidak menyesal
dengan perkara ini, sekurang-kurangnya saya dapat menambah
pengetahuan untuk diri saya sendiri. Banyak juga buku-buku
elektronik yang telah saya baca bagi kali ini.
Penyediaan nota ini adalah secara sepontan iaitu saya sediakan
satu hari untuk satu nota. Oleh itu saya mohon maaf sekali
lagi kerana nota yang disediakan tidak tersusun dengan kata
lain tonggang terbalik. Seperkara lagi saya bukan pakar bahasa
atau pun ahli sastera jadi bahasa yabg saya gunakan tidaklah
seindah mana, walau bagaimana pun saya kira rakan-rakan
dapat memahami maksud apa yang hendak saya sampaikan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana
yang berkenaan kerana mendapatkan rujukan dari hasil
penulisan mereka. Saya rasa berbesar hati kerana rakan-rakan
sudi memenafaatkan nota ini untuk mencapai kejayaan dalam
peperiksaan (RAE).
Semua yang saya usahakan ini adalah ikhlas untuk rakan-rakan
dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran. Satu saja yang saya
pegang 'tiada putus pahalanya adalah ilmu yang dimenafaatkan'.
Sekian, SELAMAT BERJAYA.
No comments:
Post a Comment