15 December 2009

Sejambak doa buat rakan SWL

Bertemu kembali, saya doakan kepada semua
rakan SWL semuga anda dipermudahkan segala
urusan di dalam menghadapi RAE pada petang esok.

Sekiranya ada rezeki anda semua soalan yang saya
ulas dan ketengahkan dalan panduan ini setidak-tidaknya
keluar sebahagian darinya, insyaAllah.

Harapan saya anda tidak perlu gelabah dan gusar
kerana masa untuk menjawab soalan adalah mencukupi.
Dari pengalaman saya semasa menduduki RAE dulu
saya mempunyai lebihan masa hampir satu jam, tapi
saya tidak keluar dewan. Saya cuba semak berulang
kali sehingga akhir waktu.

Sekali lagi saya doakan semuga anda lulus dalam
ujian ini. Lantaran itu anda akan memperolehi
satu tiket yang melayakkan diri anda untuk dipanggil
stesyen radio amatur atau ham radio.

Satu permintaan dari saya seandainya anda lulus
dalam ujian ini maka janganlah lupa kepada rakan-
rakan SWL yang bakal menempuh ujian RAE nanti.
Saya mohon daripada anda supaya dipanjangkan
alamat blog saya ini kepada mereka semuga rakan
kita itu mendapat menafaat yang sama sebagaimana
yang anda dapat sekarang ini.

Akhir kalam saya doakan kepada anda semua semuga
berjaya dalam ujian ini, di samping itu saya mohon
maaf seandainya dalam panduan saya ini terselit
ungkapan yang menginggung anda semua. InsyaAlah
andainya masih terdaya saya akan sediakan lagi nota
RAE untuk sesi yang akan datang. Terima kasih.

2 comments:

Ibrahim - swl adarc47 said...

Terima kasih pak nik atas penyediaan nota-nota yang amat berguna kepada saya sebagai panduan menghadapi RAE, kurang dari 20 jam dari sekrang.

PakNik said...

T/ kasih kembali, saya terpanggil untuk menunaikan tanggung jawab sosial lantaran itu saya buat keputusan untuk menyediakan sebuah nota yang tak seberapa sebagai panduan untuk rakan SWL.Betul kata anda masa semakin berkurang manakala debaran makin bertambah. Tapi itu tidak menjadi masaalah kerana saya yakin bahawa anda telah bersedia untuk menghadapinya. Dalam situasi begini ketenangan amat perlu kerana ianya sebagai pemangkin untuk mengeluar kembali pembelajaran yang kita lakukan sebelum ini bagi disesuaikan dengan soalan yang diajukan kepada kita. Harapan saya semuga anda berjaya dalam mengharungi cabaran ini. 73