E dit | I ditdit | S ditditdit | H ditditditdit |
T dah | M dahdah | O dahdahdah | 0 dahdahdahdahdah |
A didah | W didahdah | J didahdahdah | 1 didahdahdahdah |
N dahdit | D dahdidit | B dahdiddiddit | 6 dahdidididit |
C dahdidahit | Y dahdidahdah | K dahdidah | R didahdit |
L didahdidit | G dahdahdit | Z dahdahdidit | 7 dahdahdididit |
U dididah | F dididahdit | 2 diddidahdahdah | V didididah |
3 didididdahdah | 4 diddiddiddidah | 5 ditditditditdit | X dahdiddidah |
Q dahdahdidah | P didahdahdit | ? dididahdahdidit | 8 dahdahdahdidit |
9 dahdahdahdahdit | , dahdahdididahdah | / dahdididahdit | |
Berdasarkan data diatas sila bandingkan dengan carta yang terdapat dibawah. Dalam carta dibawah setiap huruf dan angka aksara kod morse di bawahnya.
Saya telah membahagikan kepada dua bahagian dengan satu garisan biru tebal. Tujuannya untuk membahagikan kepada dua kelompok besar, pada kelompok 'E' aksara kod morsenya adalah dit manakala disebelah kelompok 'T' disebelah kanan pula aksara kod morsenya diawalnya bermula dengan dah.
Susunan mendatar pula mengambarkan bilangan aksara bermula dari atas 'E' dan 'T' bilangan aksaranya satu dan bertambah dengan tambahan satu aksara pada setiap baris mendatar.
Untuk menyenangkan proses hafalan anda, adalah disarankan anda cetak carta disebelah dalam saiz yang sesuai supaya senang dibawa kemana-mana. Dengan ini proses hafalan anda boleh dilakukan bila-bila masa yang sesuai bagi anda.
Kalau anda melihat secara menurun carta diatas adalah sama dengan penerangan awal dalam nota kod morse ini. Sila lihat sebelah kiri susunan aksara dit adalah E, I, S dan H. Sama bukan dengan nota awal saya?
Untuk lebih jelas disediakan ringkasan di bawah.
Tips untuk menghafal kod Morse dengan lebih mudah.
Menghitung jumlah karakter. Mengetahui jumlah karakter dalam setiap huruf boleh membantu anda mempersempit kemungkinan anda bila anda menerima mesej.
T, E = 1 aksara masing-masing
A, I, M, N = 2 aksara
D, G, K, O, R, S, U, W = 3 aksara
B, C, F, H, J, L,P, Q, V, X, Y, Z = 4 aksara masing-masing
Huruf diterbalikkan. Beberapa pasangan huruf dikebalikan diantara satu sama lain dalam kod Morse. Sebagai contoh "a" adalah ". _" Sementara "n" adalah "_."
Berikut adalah sisa huruf yang merupakan kebalikan daripada satu sama lain:
a & n, d & u, g & w ,b & v, f & l, q & y
1 comment:
Terdapat pelbagai kaedah untuk memudahkan dalam proses menghafal morse code. Terdapat kaedah koch method dan lain-lain lagi. Namun terserah kepada individu masing-masing. Kaedah tertentu tidak semestinya berkesan kepada individu tertentu. Jadi ikut mana yang difikirkan mudah.
Selepas menghafal semua abjad a-z, 1-0, tidak berhenti disitu sahaja. Kerana kita sepatutnya mengenal irama morse code dan bukannya menghafal sahaja. Jika setakat menghafal, maka percayalah, kita mungkin boleh 'sending' tetapi tidak boleh 'receive' morse code.
Seperkara lagi, jangan sesekali menghantar atau 'sending' morse code tanpa boleh mengenal semua abjad dan nombor.
Just my 2 cents,
73/88
de 9w2bal
Post a Comment