14 February 2010

Callsign ku akan sampai ke Planet Maris

Callsign akan mendarat di Planet Maris pada tahun 2011

Maklumat ini telah diperkenalkan oleh rakan ham kita di Indonesia iaitu YC5NBX.

Nak turut serta ekpedisi yang dikelolakan oleh NASA ini untuk ke Planet Maris memerlukan perbelanjaan besar, manalah mampu insan seperti saya ini. Walau pun bagitu apabila diberi peluang saya akan menggunakannya sepenuh harapan walau pun sekadar mengirimkan callsign dan nama ke Planet Maris.

Jadi mana-mana rakan yang melayari blog saya ini akan berpeluang untuk turut serta dalam
ekpidisi ini dengan melayari website yang saya sertakan seperti alamat di bawah.

Apabila mendaftar anda akan mendapat sebuah sijil seperti yang dipaparkan diatas.
Selamat mencuba semuga nama anda akan menjadi sejarah dalam tamadun manusia
menjelajahi angkasa lepas. Insyaallah.

http://mars.jpl.nasa.gov/msl/participate/sendyourname/

No comments: