13 February 2010

Persediaan untuk memohon AA

Soalan Lazim ini dipetik sepenuhnya dari website SKMM

Senarai soalan-soalan Lazim Mengenai Penggunaan Spektrum


UMUM

1) Apakah jenis-jenis penguntukan yang terdapat di Malaysia?
Terdapat 3 jenis penguntukan iaitu:
i. Penguntukan Spektrum (SA)
ii. Penguntukan Radas (AA)
iii. Penguntukan Kelas (CA)

2) Adakah terdapat spektrum yang dikategorikan sebagai jalur
tidak berlesen?
Di Malaysia, tiada spektrum yang dikategorikan sebagai jalur yang
tidak berlesen. Walaubagaimanapun, SKMM ada mengeluarkan
Penguntukan Kelas di mana tiada fi diperlukan dan ia tertakluk
kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di bawah Penguntukan
Kelas. Dokumen tersebut boleh dimuat turun di laman berikut;
http://www.skmm.gov.my/registers/cma/ClassAssignment/pdf/Class%20Assign-BI-register.pdf

3) Apakah Penguntukan Radas (AA)?
AA ialah penguntukan yang dikeluarkan kepada seseorang atau
syarikat yang hendak menggunakan atau menjalankan operasi
peralatan tanpa wayar dalam jalur frekuensi tertentu.

4) Apakah itu penguntukan dan bagaimanakah caranya untuk
saya mendapatkan panduan mengenai AA?
Di bawah Peraturan 2 Peraturan-Peraturan (Spektrum) 2000,
penguntukan ialah apa-apa pemancar atau penerima atau gabungan
kedua-duanya termasuk apa-apa kelengkapan aksesori. Panduan
mengenai AA boleh dilawati di laman web SKMM:
http://www.skmm.gov.my/facts_figures/codes_gl/guidelines/pdf/Introduction.pdf

5) Ada berapa jenis AA?
Terdapat 6 jenis AA iaitu:
i. Perkhidmatan Tetap
ii. Perkhidmatan Radio Penentuan
iii. Perkhidmatan Angkasa Lepas
iv. Perkhidmatan Amatur
v. Perkhidmatan Bergerak
vi. Perkhidmatan Penyiaran

6) Mengapakah perlu mempunyai AA yang sah?
Adalah perlu mempunyai AA yang sah kerana ia memberi kesan ke
atas gangguan frekuensi, ancaman keselamatan akibat penggunaan
radas yang tidak sepatutnya, tahap kesesakan di dalam julat
spektrum yang dikehendaki dan pematuhan ke atas keperluan
piawaian teknikal.

7) Berapa lamakah tempoh sah AA?
Tempoh sah minimum bagi sesuatu AA ialah 3 bulan, sementara
tempoh sah maksimum sesuatu AA ialah 5 tahun. Tempoh sah AA
ada dinyatakan di dalam sijil AA.

8) Di manakah boleh saya mendapatkan borang permohonan
AA?
Anda boleh mendapatkan borang permohonan AA di Ibu Pejabat
SKMM atau Pejabat-Pejabat Wilayah. Borang permohonan juga boleh
dimuat turun dari laman SKMM:
http://www.skmm.gov.my/what_we_do/spectrum/apparatus/form_app.asp

9) Bagaimanakah cara untuk mengisi borang permohonan AA?
Cara mengisi borang permohonan AA boleh didapati di laman
SKMM:-
http://www.skmm.gov.my/what_we_do/spectrum/apparatus/form_app.asp

10) Bolehkah saya menggunakan salinan borang permohonan
selain daripada borang permohonan asal?
Boleh, SKMM menerima kedua-duanya sekali.

11) Adakah saya perlu menjelaskan sebarang fi semasa
menghantar permohonan AA?
Ya, anda perlu membayar RM 60 bagi setiap permohonan.

12) Adakah SKMM menerima pembayaran secara tunai untuk
permohonan AA?
Tidak. SKMM hanya menerima cek, wang pos dan kiriman wang pos.
Kami juga menerima pembayaran secara online melalui SKMM
epayment :-
https://epayment.skmm.gov.my/

13) Bagaimana SKMM membuat pengiraan untuk fi AA?
Fi AA terdiri daripada fi tetap dan fi boleh ubah seperti di Jadual A
dan Jadual B, Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Komunikasi dan
Multimedia (Spektrum) 2000. Contoh pengiraan fi boleh dilayari di:
http://www.skmm.gov.my/facts_figures/codes_gl/index.asp

14) Apakah yang perlu saya lakukan apabila tempoh AA saya
tamat?
Di bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan (Spektrum) 2000,
pemegang AA boleh, tidak kurang daripada enam puluh (60) hari
sebelum tamat tempoh AA membuat permohonan baru untuk
meneruskan penggunaan radas. Walaubagaimanapun, SKMM juga
akan memaklumkan pemegang AA berkenaan tarikh tamat tempoh
AA melalui notis ehsan kepada pemegang AA dalam tempoh
sembilan puluh (90) hari sebelum tarikh tamat AA. Pemegang AA
boleh menyerahkan pembayaran mengikut notis jika tiada perubahan
dibuat.

15) Apakah implikasi sekiranya AA telah tamat tempoh?
Sekiranya AA telah tamat tempoh dan tiada permohonan semula
dibuat, penggunaan frekuensi tersebut dianggap melanggar
peraturan dan pihak SKMM boleh mengambil tindakan terhadap
pengguna spektrum tersebut seperti di dalam Seksyen 157 Akta
Komunikasi & Multimedia 1998.

16) Apakah implikasi kepada ketidakpatuhan AA?
Bagi sebarang ketidakpatuhan AA, SKMM berhak mengenakan
hukuman kepada pengguna spektrum di bawah Seksyen 157 Akta
Komunikasi & Multimedia 1998. Hukuman kerana melanggar seksyen
tersebut ialah denda tidak melebihi daripada RM 500, 000 atau
penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

17) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak mahu
meneruskan penggunaan radas?
Pemegang AA perlu memaklumkan kepada SKMM secara bertulis
maklumat termasuklah pemegang penguntukan, nama stesen, lokasi
dan nombor penguntukan yang hendak dibatalkan.

18) Dimanakah perlu saya pamerkan sijil AA yang dikeluarkan
oleh SKMM?
Sijil AA perlu dipamerkan di lokasi di mana radas diletakkan.

19) Di dalam situasi pemilik radas bertukar, bolehkah AA
dipindahkan kepada pemilik yang baru?
AA tidak boleh dipindah milik dan pemilik baru perlu membuat
permohonan AA yang baru.

PERKHIDMATAN BERGERAK

Stesen Kapal

20) Saya pemilik kapal yang memegang AA yang sah, apakah
yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin menjual kapal
saya kepada pihak lain?
Anda perlu memaklumkan kepada SKMM secara bertulis berkenaan
dengan maklumat pemegang penguntukan, nama kapal dan nombor
penguntukan yang perlu dibatalkan. Anda juga perlu memaklumkan
kepada pemilik baru supaya membuat permohonan AA yang baru.

21) Adakah SKMM terlibat dalam menguntukkan nombor MMSI
dan apakah tujuan stesen kapal mempunyai nombor MMSI?
SKMM bertanggungjawab dalam menguntukkan nombor MMSI
kepada stesen kapal. MMSI diaturcara ke dalam Sistem Komunikasi
Radio Automatik seperti Digital Selective Calling(DSC), Satellite Earth
Station(SES) dan Emergency Position Identified Radio
Beacon(EPIRB). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:
http://www.skmm.gov.my/facts_figures/codes_gl/guidelines/mmsi/mmsi.pdf

22) Jika pemohon memohon lebih daripada satu (1) saluran marin
(ship to shore), berapakah fi untuk AA tersebut ?
Bagi saluran marin (ship to shore) yang menggunakan satu atau
lebih saluran, pemohon akan dikenakan bayaran maksimum RM 250
setahun.

23) Adakah penggunaan walkie-talkie di atas kapal (ship to
shore) memerlukan AA?
Semua peralatan komunikasi yang digunakan di atas kapal adalah
diliputi oleh AA stesen kapal tersebut.

Stesen Amatur

24) Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon
perkhidmatan Amatur AA (ASAA)?
Setiap pemohon perlu mempunyai sijil Operator Radio Amatur
(AROC) Kelas A atau Kelas B dengan menduduki Peperiksaan Radio
Amatur (RAE). Untuk keterangan lanjut sila rujuk:
http://www.skmm.gov.my/facts_figures/codes_gl/guidelines/pdf/Amateur_Radio_Guidelines.pdf

25) Bagaimana caranya untuk memohon ASAA?
Pemohon perlu menghantar borang AA yang lengkap ke Ibu
Pejabat SKMM atau Pejabat Wilayah berserta dengan dokumen
berikut:
i. Salinan keputusan RAE
ii. Dokumen bukti kerakyatan
iii. Surat sokongan daripada Malaysian Amateur Radio Society
(MARTS) atau Pemegang Kelas A
iv. Pengisytiharan Kerahsiaan

26) Adakah saya boleh menyimpan isyarat panggilan walaupun
AA saya tidak lagi sah?
Pemegang AA yang gagal membuat permohonan semula bagi 2
tahun berturut-turut selepas AAnya telah tamat tempoh, isyarat
panggilan tersebut akan ditarik balik. Sila rujuk:
http://www.skmm.gov.my/facts_figures/codes_gl/guidelines/callsign/Callsign-Feb04.pdf

27) Di mana boleh saya dapatkan senarai negara-negara yang
mempunyai hubungan persefahaman bersama dengan
Malaysia bagi penggunaan Radio Amatur?
Negara-negara tersebut disenaraikan di Appendix 8 Guidelines for
Amateur Radio in Malaysia. Sila layari:
http://www.skmm.gov.my/facts_figures/codes_gl/guidelines/pdf/Amateur_Radio_Guidelines.pdf

28) Buat masa ini saya memegang isyarat panggilan ASAA Sabah.
Bolehkah saya menggunakan isyarat panggilan yang sama di
Semenanjung?
Ya, anda boleh menggunakan isyarat penggilan yang sama.

29) Saya merupakan pemegang ASAA. Bolehkah saya menukar
isyarat panggilan saya?
Penguntukan isyarat panggilan tidak boleh diubah kecuali dalam kes
pertukaran kategori daripada kelas B kepada kelas A.

30) Sekiranya seseorang pemegang AA Radio Amatur meninggal
dunia, bolehkah saya menggunakan isyarat panggilan si mati?
Jika pemegang ASAA meninggal dunia, penguntukan isyarat
panggilan si mati adalah terbatal. Isyarat panggilan yang terbatal
tersebut akan diperuntukkan kepada pemohon baru selepas tempoh
5 tahun.

Rangkaian Persendirian

31) Adakah penggunaan frekuensi 477.0125 MHz hingga 477.875
MHz dan 477.5250 MHz hingga 477.9875 MHz untuk walkie
talkie memerlukan AA?
Penggunaan walkie-talkie dalam frekuensi 477.0125 MHz hingga
477.4875 MHz dan 477.5250 MHz hingga 477.9875 MHz tidak
memerlukan AA kerana penguntukan frekuensi ini adalah melalui
Penguntukan Kelas di bawah Personal Radio Service Schedule.

32) Jika pemohon memohon AA untuk stesen dalam lingkungan
50 km atau 60 km dari sempadan Malaysia dengan negaranegara
lain, apa yang perlu dilakukan sebelum menghantar
permohonan mereka kepada SKMM?
Setiap pemohon perlu melampirkan borang Koordinasi Antarabangsa
bersama-sama dengan borang AA semasa menyerahkan
permohonan. Borang Koordinasi Antarabangsa boleh dimuat turun
dari:
http://www.skmm.gov.my/what_we_do/spectrum/apparatus/form_app.asp

33) Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat berkenaan
peruntukan frekuensi di Malaysia?
Anda boleh merujuk Malaysian Spectrum Plan yang ada di laman;
http://www.skmm.gov.my/what_we_do/tech_map/Spectrum%20Plan_Final.pdf

34) Saya adalah pemegang AA untuk stesen persendirian dimana
saya mempunyai empat (4) unit mobile dan ingin menambah
bilangan unit mobile tersebut. Adakah perlu saya menghantar
permohonan baru?
Anda perlu mengisi borang permohonan perkhidmatan bergerak dan
menandakan tambahan unit mobile yang akan digunakan. Anda
perlu menghantar borang tersebut berserta fi permohonan.

Soalan lazim ini ehsan dari SKMM

BORANG AA BOLEH DOWNLOAD DI SINI

No comments: