Asalamualaikun/salam sejahtera kepada rakan-rakan yang saya muliakan. Sudah lama saya tidak entri blog ini kerana tidak kesempatan. Rasanya baru saja ramadhan yang lepas meninggalkan kita dan dah bertemu pula dengan awal ramadhan yang baru.
Ini menunjukkan usia kita telah telah bertambah lagi. Saya mengingatkan kepada diri saya dan juga rakan-rakan agar ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya, insyaallah.
Dengan ini saya berazam untuk memuliakan bulan ramadhan pada tahun ini dengan sebaik mungkin, kesempatan ini belum tentu kita dapat melaluinya pada tahun depan kecuali dengan izinNya.
Selamat berpuasa kepada rakan rakan yang beragama islam di mana pada bulan ini penuh dengan keberkatan dan kerahmatan.
No comments:
Post a Comment