Assallamualaikum/salam sejahtera
Semua kaum muslimin dan muslimat telah menghampiri penghujungnya bagi menjalani ibadat puasa di bulan ramadhan pada tahun ini, insyallah pada 10 Ogos 2010 yang jatuh pada hari jumaat maka berhari rayalah semua umat islam di Malaysia dan negara jiran yang sewaktu dengannya.
Perayaan ini menandakan semua umat islam telah memenangi dalam satu perjuang menentang hawa nafsu dalam diri sendiri, disamping itu membuatkan kita telah berhijrah kesuatu makam di mana dari baik kepada yang lebih baik. Saya berharap untuk diri saya dan semua rakan-rakan sama-samalah kita kekalkan prestasi yang baru kita capai ini untuk hari-hari yang mendatang sehingga bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan seandainya dipanjangkan umur insyaallah.
Tahun ini amat istemewa buat saya kerana pada awal ramadhan kita lalui amalan puasa dalam keadaan agak mencabar di sebabkan keadaan cuaca yang agak panas. Walaubagaimana pun pada akhir ramadhan kita menempuhi amalan ini dalam situasi yang agak selesa di sebabkan oleh keadaan cuaca yang agak menyamankan kerana disulamai dengan hujan sekali sekala. Kalau direnungi itu adalah petanda kerahmatan yang datanagnya dari Allah yang maha kuasa.
Bagi rakan-rakan yang berada di perantauwan dan memerlukan pemanduan yang agak jauh, harapan saya pandulah dengan cermat dan berhemah semuga anda akan sampai ke kampung halaman dalam keadaan selamat hendaknya dan dapat berhari raya bersama-sama dengan sanak saudara yang setia menanti kepulangan anda.
Sebelum mengundur diri pada hari yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk memohon keampunan dan kemaafan seandainya sepanjang entri saya ini mengguris hati anda. Sebenarnya artikal yang saya tulis itu tiada niat untuk menyinggung sesiapa dan seandainya ada anggaplan itu adalah satu tragidi secara kebetulan sahaja. Akhir kalam saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment