14 September 2010

Mini Eyeball

Eyeball bersama rakan ham di Cabang Tiga Pengkalan Chepa


Asalaimualaikun dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan ham dan mana-mana insan yang melayari blok saya yang tidak seberapa ini.


Semalam 13 September 2010 saya dan rakan-rakan ham mengadakan mini eyeball di Cabang Tiga Pengkalan Chepa, Kelantan. Maaf tidak terlintas untuk merakamkan gambar.


Rakan-rakan ham terdiri dari 9w2pdt Pak Din Terengganu dari Salak Selatan, 9w2nmi Pak Nami dari Peng Chepa, 9w2zzw Pak Joo dari Kuantan , Pahang, 9w2han Bon Hashim dari Kg Telok, Panji, Kota Bharu dan saya sendiri 9w2pnh.


Dengan mengadakan mini eyeball sebegini rasanya lebih berkesan kerana kita berkesempatan mengenali diri masing- masing dengan lebih dekat lagi. Rakan baru yang saya kenali semalam adalah Pak Din Terengganu dan Pak Joo manakala rakan yang lain sudah lama saya kenalinya.


Yang menariknya buat saya adalah PU12 (Push-up Mast) yang dimiliki oleh Pak Din Terengganu, yang boleh diunjurkan pada ketinggian 50 kaki. Yang anihnya ground planenya direntangkan menggunakan wayar tanpa had ukran dalam keadaan inverted V. Katanya lagi dengan kaedah ini dapat membantu ketepatan window walau pun propogasi di suatu lokasi itu kurang elok.


Kaedah ini boleh di lakukan pada antenna base. Dbnya memang bertambah, ianya telah terbukti dengan ujian QSO di antara Pak Din dengan saya di mana masing-masing berada di Bachok dan di Kota Bharu. Mutu pancaran yang saya terima adalah 59. walau pun Pak Din memancar hanya 5 watt dan menggunakan quarter wave antenna.


Saya dimaklumkan oleh Pak Din di mana dia telah melakukan demo PU12 nya di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada bulan April 2009. Di sini saya kepilkan youtube demo tersebut untuk tontonan kita bersama. Sekali lagi saya merakamkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.





No comments: