15 October 2010

Cavity

CAVITY DAN DUPLEXER
Akhir-akhir ini pengulang bercambah bagitu pesat di Kelantan, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Syabas di ucapkan ini adalah salah satu cabang bagi meluaskan lagi rangkaian jaringan komunikasi untuk radio amatur tapi kerana keghairahannya menjadikan terlupa tentang berlakunya gangguan frekuensi dalam radio amatur.

Gangguan yang dapat dikesan adalah pada frekuensi radio amatur sahaja kerana kita monitor pada jaluran ini, tapi pada jaluran lain bagaimana? Seperti pager, di luar jaluran amatur dan lain-lain. Kita tidak tahu kerana kita tidak monitor di sana atau pun tak pernah sama sekali.

Pada pendapat saya cavity adalah pelanggkap di dalam pembinaan sebuah pengulang di samping itu duplexer adalah aksesorinya. Mungkin kita terlupa mengenainya tapi yang sebenarnya ianya amat penting dalam pembinaan pengulang demi untuk mengelakkan dari berlakunya gangguan frekuensi.

Untuk membeli yang telah siap agak mahal juga dan untuk membuatnya agak sukar kerana ianya memerlukan sedikit kemahiran di dalam penggunaan peralatan elektronik seperti ossiloscope, signal generator, frekuensi counter dan lain-lain.

Sebenarnya itu tidak menjadi penghalang, pengamal radio amatur boleh membuatnya kerana motonya adalah ujikaji dan perlaksanaan. Dalam kelompok radio ham mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang apa salahnya duduk semeja dan berbincang dalam proses membuat sebuah cavity (penapis frekuensi)


Penapis frekuensi (cavity) ialah litar asas sebelum Duplexer dan litar salun ditala dengan lebih tepat supaya ianya membenarkan hanya frekuensi-frekuensi tertentu untuk melepasinya. Pada umumnya, penapis jenis ini lebih dikenali sebagai penapis takik.

Secara fizikal tabung penapis (cavity) adalah sebuah alat resonans, di dalam satu tabung terdapat gandingan gelung-gelungnya pada input dan output, seperti berikut:

Tabung ini biasanya dibina dalam bentuk silinder, dengan satu paksi yang bertugas sebagai kapasitor boleh ubah.

Gambarajah litar

Dalam gambar rajah di atas satu litar tertala dibentuk oleh L1 and C1 yang mana tabung dan rod paksi yang menjadi kapasitor boleh ubah dalam satu siri LC dan digandingkan denganL2 and C2.

Apa peranan tabung penapis (cavity) boleh lakukan?

Tabung penapis mempunyai dua bahagian:

* untuk membenarkan frekuensi yang diingini
* untuk menolak kesemua
frekuensi-frekuensi tidak diingini semaksima mungkin

Tabung penapis biasanya disusun secara bersiri di antara satu sama lain bagi meningkatkan lagi keberkesanannya di mana frekuensinya menjadi lebih jitu dan dapat mengelak dari mengganggu dan diganggu oleh frekuensi dalam spectrum yang sama di sekitarnya. Ini amat penting apabila pengulang radio amatur berada berhampiran di antara satu sama lain.

Apa itu pendupleks?

Pendupleks ialah satu kelompok penapis dihubung serentak di dalam satu pengulang. Dengan kata lain perkongsian satu antenna dalam satu sistem pengulang. Dua sambungan antena pada satu pengulang boleh berhubung kait di antaranya supaya dapat bekerja pada antenna yang sama, pada frekuensi yang berbeza,

Bolehkah penapis lain digunakan untuk duplexers?


Ya, Penapis Hybrid Ring boleh digunakan untuk tujuan ini, tetapi jarang sekali di gunakan untuk radio amatur.


2 comments:

9w2ury said...

Salam... bagus info ni, trm ksh.

PakNik said...

Sama-sama 9w2ury. Saya akan ketengahkan fakta-fakta baru setakat yang saya mampu