Nota yang di sediakan ini tidak mengikut susunan,
saya dahulukan yang agak senang dan yang
sukar terpaksa di kamudiankan.Untuk nota
yang agak sukar saya terpaksa mempersiapan diri
sendiri dengan membuat sedikit rujukan dari beberapa
sumber untuk menyiapkan sesebuah nota.
Walau pun susunan nota ini tidak tersusun seperti
silabus saya rasa anda dapat mengikutinya dengan
sempurna tanpa apa-apa kekeliruan. Itulah
harapan saya.
Log Book Stesyen Radio Amatur
Buku log adalah sebuah buku nota yang dicatat secara kekal segala
aktiviti, yang dilakukan oleh Pengendali radio amatur selama tempoh
masa, di alamat yang berdaftar bercetak di ASAA. Buku log ini juga boleh
disediakan secara elektronik dan boleh dilihat dan boleh di cetak dalam bentuk
hard copy. Log book tersebut boleh diperiksa pada bila-bila masa oleh pegawai
dari MCMC. Catatan tersebut hendaklanh disimpan dalam tempuhminimal
selama dua tahun. Buku log tersebut seharusnya mempunyai data-data berikut.
a) tarikh semasa komunikasi;
b) masa mula dan akhir bagi setiap kenalan yang dibuat (masa tempatan
atau dalam UTC);
c) frekuensi / band yang digunakan;
d) kelas atau mode penghantaran;
e) Kuasa output;
f) Callsigns stesyen dihubungi;
g) nama kenalan / handle (jika ada);
h) Maklumat ujian dilakukan;
i) Lokasi saat operasi dari setiap lokasi sementara, dan
j) catatan nombor siri.
1. Maklumat apakah yang kebiasaannya
terkandung di dalam buku log stesyen?
a) Tarikh dan masa bagi setiap perhubungan
b) Jalur dan/atau frekuensi bagi setiap
perhubungan
c) "Callsign" bagi stesyen yang dihubungi dari
laporan isyarat "RST" yang diberikan
d) Kesemua jawapan yang di atas
2. Kandungan (maklumat) yang direkodkan
dalarn buku log stesen mestilah disimpan
untuk tempoh:
a) sekurang-kurangnya 6 Bulan
b) sekurang-kurangnya 1 7 Tahun
c) sekurang-kurangnya 2 Tahun
d) selama-lamanya
No comments:
Post a Comment