08 November 2009

Panduan ke sembilan (RAE)

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
(bahasa Inggeris: International Telecommunication
Union, ITU) merupakan badan antarabangsa yang
bertugas memiawai dan mengawal atur radio dan
telekomunikasi antarabangsa
. Ditubuhkan sebagai
Kesatuan Telegraf Antarabangsa, peranan utama ITU
termasuk pemiawaian, pengagihan spektrum radio
serta mewujudkan serta mengawal sambungan
penggilan telefon antarabangsa. ITU merupakan
agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
Petikan dari Wikipedia

ITU International Telecommunication Union iaitu badan
yang menyelia dan memantau aktiviti berkenaan telekomunikasi
pada peringkat antarabangsa. Peruntukan callsign untuk
sesuatu negara adalah dibuat di peringkat ITU. Badan khas
yang memantau operasi radio amatur di peringkat ITU adalah
IARU International Amateur Radio Union. Setiap negara
mempunyai hanya satu persatuan radio amatur yang diikhtiraf
oleh IARU. Untuk Malaysia, persatuan yang diikhtiraf oleh
IARU adalah MARTS. Walaupun begitu, persatuan-persatuan
lain yang berasaskan lokaliti (negeri, daerah, institusi dan sebagainya)
atau kumpulan minat (pacuan 4 roda, khidmat kecemasan,
pengembaraan dan sebagainya) bebas ditubuhkan dan beroperasi
di Malaysia.


Dari keterangan diatas maka dapatlah kita buat rumusan
bahawa ITU menjalankan peraturan-peraturan radio dan
telekomunikasi antarabangsa, maka carilah jawapan yang
sesuai dibawah.

1. Peraturan-peraturan asas Kesatuan

Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ialah

untuk menguruskan stesyen radio amatur ada

terdapat di dalam:

a) Peraturan-peraturan Radio Antarabangsa

b) Peraturan-peraturan Radio Amatur

Antarabangsa

c) Peraturan-peraturan Spektrum Antarabangsa

d) Akta Radio Amatur Antarabangsa

No comments: